
Jika ada sebuah
lukisan yang sepatutnya paling dikenali di Malaysia, inilah salah satu daripada calonnya. Lukisan ini berjudul
Gadis Melayu, yang secara jelasnya menggambarkan wajah seorang gadis berbangsa Melayu yang mungkin benar-benar wujud atau mungkin juga khayalan. Lukisan ini menjadi semakin
terkenal bukan kerana hasil seninya sahaja, tetapi kerana ia telah
dicuri pada 15 September
1994 daripada tempat pamerannya di National Art Gallery,
Kuala Lumpur. Pastinya ada sesuatu yang begitu istimewa mengenai lukisan Gadis Melayu ini sehingga ia menjadi mangsa jenayah. Apakah nasib lukisan ini sekarang? Mungkinkah ia sedang tergantung dengan megahnya di tempat pemiliknya yang baru?
No comments:
Post a Comment