
Kumpulan
pelawak Aku Kaya dianggotai oleh 3 orang bekas anggota Kumpulan Senario iaitu
Hamdan,
Yassin &
Illya. Kumpulan Aku Kaya ditubuhkan secara tak sengaja setelah mereka bertiga terlibat sebagai pelakon dalam
telefilem berjudul
Aku Kaya pada 2002. Telefilem tersebut yang diedarkan dalam format VCD telah mendapat perhatian yang sangat menggalakkan ("jualan melebihi
100,000 unit") daripada para peminat komedi yang mungkin mulai bosan dengan Kumpulan
Senario ketika itu. Hasil populariti Aku Kaya dalam masa yang singkat itu telah diteruskan pula dengan penerbitan filem
Aku Kaya The Movie pada 2003. Pada 2004, sebuah lagi telefilem telah diterbitkan dalam format VCD yang berjudul
Aku Kaya Giler.
Gambar - gimik Kumpulan Aku Kaya semasa di awal kemunculan mereka dulu. Lawak yang mengerikan.