
Aliph ialah suatu
jenama kasut sukan dan kasual buatan Malaysia yang terkenal pada dekad 1980-an. Pengeluar jenama Aliph iaitu
Sime Darby Footwear Sdn Bhd pernah menaja kasut Aliph untuk digunakan (sebagai product placement) dalam penggambaran beberapa buah filem tempatan seperti
Rozana Cinta '87,
Jejaka Perasan &
Ragam Pemandu.
Kasut Aliph juga menjadi kegemaran ramai artis
rock tempatan sehingga tercetusnya jenama
Aliph Search pada sekitar
1987 yang dipercayai merupakan kasut pertama yang meletakkan nama artis tempatan (iaitu kumpulan
Search) sebagai sebahagian daripada nama produk. Selepas itu, kumpulan
Lefthanded juga pernah bekerjasama dalam memasarkan rekabentuk terbaru kasut Aliph. Gandingan jenama kasut dengan
ikon muzik diketahui menjadi antara strategi pemasaran yang popular, contohnya kasut jenama antarabangsa
LA Gear pernah bergandingan dengan
Michael Jackson &
Ella pada penghujung dekad 1980-an, malah di pasaran terkini juga terdapat pelbagai rekabentuk kasut jenama
Converse -
Metallica &
Black Sabbath atau kasut jenama
Vans -
Iron Maiden &
Slayer umpamanya.
Dalam tahun
2007, selepas menerbitkan beberapa keping gambar dan sedikit cerita mengenai
kasut Aliph di dalam laman web MuzikRock.com, saya cuba menjejak semula saki baki peninggalan jenama Aliph ini yang sudah tidak lagi dikeluarkan sejak pertengahan dekad 1990-an. Dua pasang kasut Aliph baru (stok lama) akhirnya berjaya dibeli dengan
harga di bawah RM100.
Gambar di atas menunjukkan sebahagian daripada barangan jualan di salah sebuah kedai
barangan terpakai di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Dapat dilihat kasut Aliph berwarna hitam itu ditandakan dengan harga
RM220 sepasang, manakala kasut Aliph berwarna putih/biru di sebelah kanan pula berharga
RM300 sepasang! Sebagai perbandingan, harga asal sepasang kasut-kasut tersebut ketika dikeluarkan lebih 15 tahun dahulu cuma sekitar RM30 ke RM45 sahaja.
Pada
masa kini pula tidak mengejutkan lagi sekiranya terlihat kasut Aliph terpakai diniagakan misalnya dalam pasaran Mudah.my dengan harga sekitar
RM500 sepasang. Melalui perkenalan dengan beberapa orang penggemar kasut Aliph, maklumat yang didapati bahawa ada di antara mereka yang membeli kasut Aliph stok lama yang belum digunakan dengan harga hampir
RM700 sepasang!
Jenama Aliph kembali popular:Top Ten Sneaks and Music Collaboration (ShiftyMag issue #4, August 2009)
Gila kasut Aliph (Metro Ahad, 13 Jun 2010)
Mohd Nazari collects shoes of rock stars for the fun of it (
The Star, 12 October 2010)
Maklumat tambahan:Pada pertengahan tahun 2010, Sime Darby telah mengeluarkan minyak masak dengan jenama
Alif.
Foto: KHYS