
7 Oktober 1990, nampak macam
Majalah Mangga kan? Tapi masa itu mana ada Mangga. Namun yang pasti orang kuat Mangga memang berasal daripada
Pancaindera Mingguan Malaysia.
Juwie, setiap minggu dalam ruangan
Poster Kelolaan Juwie pasti akan menghidangkan foto-foto artis terkenal mengikut siapa yang sedang popular dan artis yang paling banyak permintaan daripada peminat. Dan pastinya artis yang 'berani mati' atau paling
seksi ketika itu mendapat keutamaan. Contohnya
Ramziela, diangkat sebagai artis paling seksi 1990! Walaupun prestasi nyanyiannya tidaklah membanggakan. Kini foto-foto sebegini telah tiada lagi di akhbar Pancaindera. Sebaliknya bercambah lebih banyak menerusi majalah Mangga.
Namun begitu, ruangan Poster Kelolaan Juwie tidak hanya diingati dengan aksi 'maut berani mati' sebegini, sebaliknya turut dingati dengan paparan poster
Metallica,
Testament,
Over Kill,
Bon Jovi,
Yngwie Malmsteen,
Bruce Dickinson dan banyak lagi artis/kumpulan rock/metal luar negara, dan pastinya ratusan kumpulan
rock kapak tempatan pernah menghiasi ruangan
Poster Kelolaan Juwie yang cukup terkenal itu. Kini semuanya sudah berakhir.