Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) kali ke-2 telah berlangsung pada 23 Mac 1995 (Khamis) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. AIM ke-2 juga dikenali sebagai AIM 1994 kerana ia mempertandingkan para artis & karya-karya yang dihasilkan pada tahun sebelumnya. Dalam AIM ke-2 yang diacarakan oleh Imuda & Sofia Jane itu, beberapa kategori baru telah diperkenalkan (lihat senarai di bawah).
Majlis dimulakan dengan persembahan tarian oleh Kumpulan Tarian Ratu, manakala artis yang membuat persembahan selingan pula terdiri daripada Ning Baizura (lagu Kau Dan Aku & Penjara Kasih), Zainal Abidin (Sabarlah), kumpulan U.K's (Pahit Akan Manis Akhirnya), kumpulan KRU (Awas!), Ella (Gemilang), Awie (Tragedi Oktober), Hattan, M. Nasir, Jamal Abdillah, serta gandingan kumpulan-kumpulan rap - Nico, Feminin, 4U2C & Res2.
Antara pasangan penyampai anugerah yang terlibat ialah Ziana Zain & Shamrin Fotograf; M. Nasir & Haleeda; AC 4U2C & Amy Mastura; Yusof Haslam & Erra Fazira; M. Shariff & Uji Rashid.

Berikut ialah senarai para pemenang AIM 1994 dalam kategori-kategori yang telah sedia wujud sejak
AIM pertama:
- Album Terbaik - Gamal (Artis: Zainal Abidin. Penerbit: Roslan Aziz)
- Lagu Terbaik - Mentera Semerah Padi (Artis: M. Nasir. Pencipta: M. Nasir. Penulis lirik: Nurbisa)
- Vokal Terbaik (Lelaki) - Amy (Album: Magic)
- Vokal Terbaik (Wanita) - Aishah (Album: Klasik)
- Vokal Terbaik (Berkumpulan) - KRU (Album: Awas!)
- Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) - Violet
- Kulit Album Terbaik - Gamal (Artis: Zainal Abidin. Perekabentuk: Foo Chi Wei)
- Video Muzik Terbaik - Seribu Impian (Artis: Casey. Pengarah: Virginia Kennedy)
- Rakaman Album Terbaik - Gamal (Artis: Zainal Abidin. Jururakam: Guy Gray)
- Anugerah Sri Wirama - Dato' Ahmad Daud
Berikut pula ialah senarai para pemenang AIM 1994 dalam kategori-kategori yang baru diwujudkan:
- Album Pop Terbaik - Ning (Artis: Ning Baizura. Penerbit: Johan P. Abdullah)
- Album Rock Terbaik - Samad (Artis: Samad. Penerbit: Samad)
- Album Tradisional Terbaik - Canggung Mendonan (Artis: M. Nasir. Penerbit: M. Nasir)
- Artis Baru Terbaik (Lelaki) - Casey
- Artis Baru Terbaik (Wanita) - Nora
- Album Antarabangsa Terbaik - Hadirlah Kasih (Artis: Hetty Koes Endang, dari Indonesia)
Nota:
- Kategori yang dihapuskan ialah Artis Baru Terbaik (Solo) yang digantikan dengan kategori Artis Baru Terbaik (Lelaki) & Artis Baru Terbaik (Wanita).
- Senarai lengkap calon-calon akhir bagi setiap kategori tidak dapat dikesan buat masa sekarang.
 |
Imuda & Sofia Jane, pengacara AIM 1994. |
Banyak lagi
foto AIM 1994 di bawah: