
Wardina memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan dan lakonan pada sekitar hujung 1990-an melalui beberapa buah
iklan televisyen seperti
Oil Of Ulan,
Sprite,
Telekom Malaysia dan banyak lagi. Ketika itu
Wardina baru berusia belasan tahun. Seperti mana
gadis remaja seusianya ketika itu (dan juga kini), mendapat peluang untuk
sesi fotografi dalam majalah hiburan yang terkenal seperti
Mangga,
URTV dan
Media Hiburan adalah sesuatu yang memang ditunggu-tunggu bagi memberitahu orang ramai akan kehadiran mereka dalam bidang hiburan, dan seterusnya mungkin membuka peluang bagi mendapatkan lebih banyak tawaran kerja.
Pada
1998 Wardina yang berusia
19 tahun telah ditampilkan dalam ruangan
Bintang Baru dalam majalah
Mangga di mana wartawan majalah itu menggelarkan Wardina sebagai seorang yang mempunyai
senyuman yang manis, ramah, pandai
bergaya dan "bukan main
berani lagi". Wartawan tersebut secara tiba-tiba menjadi keliru dengan pandangan matanya apabila menyatakan bahawa wajah Wardina "bertambah cantik dengan sentuhan mekap
Zulfadzli dan pakaian tajaan
Man's Collection"