
Muka Satu
- Dendang Perantau - Jalil Hamid (Dato Majid)
- Di Pagi Aidilfitri - Nanu
- Menjelang Hari Raya - Zulkefli M. Osman
- Seloka Hari Raya - Maria Farida & Fauzi Abdullah
- Aidilfitri - Sofea Jane
- Suasana Hari Raya - Kuza & Kuna
- Hari Yang Mulia - Wafa
- Pulang Di Hari Raya - Laila Nasir
- Pulang Di Hari Raya - Faizal Hussein
- Bila Takbir Bergema - Raja Azura
- Suara Takbir - Shaharuddin Tambi
- Selamat Hari Raya - Aida Rahim
- Hari Raya - Aziz M. Osman & Noraliah
- Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Azwan Ali
- Selamat Hari Raya - Didie Alias
- Boria Aidilfitri - Mas Omar & 1000 Bintang

Nota tambahan:
- Jalil Hamid diperkenalkan bersekali dengan nama watak lakonannya iaitu Dato Majid, nama yang dipopularkannya dalam siri komedi 2+1. Jalil Hamid kemudiannya menjadi begitu popular sebagai penyanyi dengan merakamkan album lagu-lagu komedi.
- Setelah 15 tahun berlalu, pada 2008 Suria Records telah mengeluarkan kembali album tersebut dalam format cakera padat dengan menggunakan judul Seribu Bintang Berhari Raya. Walau bagaimanapun, album keluaran semula itu tidak lengkap seperti keluaran asalnya. Sebanyak 5 lagu yang melibatkan nyanyian Zulkefli M. Osman, Maria Farida & Fauzi Abdullah, Wafa, Laila Nasir, Mas Omar & 1000 Bintang telah dibuang. Bagi menggantikan lagu-lagu yang dibuang, pihak penerbit telah memasukkan lagu-lagu nyanyian Aznil Hj. Nawawi (lagu di trek pertama!), Jeffrydin (dia ni memang penyanyi terkenal!), Ida Mustafa, ND Lala, Nas Atea (3 orang ni pun rasanya memang asal penyanyi). Keterangan dalam kulit album versi baru itu juga telah ditukar menjadi: "Mereka terdiri daripada penyanyi, pelakun, pengacara serta pengarah yang cukup terkenal". Kesemua penyanyi yang terlibat juga diperkenalkan sebagai "artis-artis", iaitu gelaran yang tidak digunakan dalam album asal pada 1993.