17 January 2011

Miss Perak (1970)

Pertandingan ratu cantik Miss Perak 1970 telah diadakan pada 5 April di bandar Ipoh, dan ia disertai oleh hanya 6 orang! Jumlah penyertaan yang terlalu sedikit itu berpunca daripada khabar angin yang mengatakan bahawa setiap peserta perlu memperagakan pakaian tanpa memakai baju dalam atau coli. Pemenang pertandingan tahun itu ialah Cik Josephine Lena Wong yang berusia 18 tahun. Josephine yang bekerja sebagai wakil penjual kereta dan mempunyai ukuran badan 36-24-36.5 itu berjaya layak untuk bertanding pula dalam pertandingan Miss Malaysia-Universe.

Nota tambahan: Miss Malaysia-Universe (1970)
Dalam pertandingan peringkat kebangsaan ini, Josephine yang mewakili negeri Perak sekali lagi mencipta kejayaan dengan memenangi gelaran Miss Malaysia-Universe 1970 dengan mengalahkan para peserta dari negeri-negeri lain. Josephine kemudiannya mewakili Malaysia dalam pertandingan peringkat antarabangsa, Miss Universe 1970 di Amerika Syarikat, di mana dia telah berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir yang merupakan pencapaian terbaik Malaysia ketika itu. Josephine juga terpilih dalam senarai 'Best In Swimsuit' di samping 9 peserta antarabangsa lain.


Pertandingan Miss Malaysia-Universe (kiri) dan Miss Universe (kanan)

2 comments:

razzwey razz said...

kalau tak silap, josephine lena wong ni adalah ibu kepada andrea fonseka...

khys said...

betul tu razzwey.

dan dlm pertandingan Miss Malaysia-Universe 1970 yg Josephine menang tempat pertama tu, pemenang tempat kedua ialah kakak kepada Josephine (tak pasti pulak kakak dia wakil negeri mana)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...