18 October 2013

Anugerah Industri Muzik - AIM pertama (1993)

Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) yang pertama telah diadakan pada 15 Disember 1993 (Rabu) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Ia dianjurkan oleh MAPV (Persatuan Phonogram dan Videogram Malaysia) & Muzik TV. Majlis tersebut dimulakan dengan acara makan malam sebelum upacara penyampaian anugerah dijalankan, dan ia tidak disiarkan secara langsung dalam televisyen seperti yang diamalkan kini. AIM 1993 diacarakan oleh Seha (Muzik TV) & Norman KRU. Majlis turut diserikan dengan persembahan artis-artis yang tercalon seperti Nico, Feminin, Ning Baizura & Ziana Zain. Turut membuat persembahan ialah Rahim Maarof, Salleh Yaacob & Susan Lankester yang berduet dengan S.M. Salim. Berikut ialah senarai calon-calon akhir & para pemenang AIM 1993.

Para pemenang AIM 1993

ALBUM TERBAIK
Dekat Padamu (Ning Baizura) - Pemenang (Penerbit: J.P. Abdullah)
Bazooka Penaka (Wings)
Buatan L.A. (Nico)
Epilog Memori Gelita (Fauziah Latiff)
Nash 1993 (Nash)

LAGU TERBAIK
Satu (S.M. Salim & Zainal Abidin) - Pemenang (Pencipta: Roslan Aziz. Penulis lirik: Nizam & Zainal Abidin)
Gemuruh (Search & Wings)
Lagu Untukmu (Hasnol)
Ratnaku (Roy)
Teringin (Shima)

VOKAL TERBAIK - LELAKI
Jamal Abdillah (15 Tahun Memori) - Pemenang
Aan (Pulang)
Hasnol (Sudi Katakan Sudi)
Roy (Roy)
Saleem (Gabungan Dua Insan Seni)

VOKAL TERBAIK - WANITA
Shima (Shima Vol. 3) - Pemenang
Ning Baizura (Dekat Padamu)
Ramlah Ram (Di Ambang Pintu Kasih)
Yusni Hamid (Senandung Lagu Melayu)
Ziana Zain (Ziana Zain)

VOKAL TERBAIK - BERKUMPULAN
Iklim (Dunia Iklim) - Pemenang
Mega (Rentak Kaki Lima)
Search (Double Trouble)
Spring (Sampai Hati)
Wings (Bazooka Penaka)

ARTIS BARU TERBAIK - SOLO
Ning Baizura - Pemenang
Aan
Imuda
Leina
Nana Nurgaya


Nota: Dalam AIM seterusnya, kategori "Artis Baru Terbaik - Solo" telah dipecahkan menjadi "Artis Baru Terbaik - Lelaki" dan "Artis Baru Terbaik - Wanita"

ARTIS BARU TERBAIK - BERKUMPULAN
Feminin - Pemenang
Nico
Panji
Samudera
Visa


KULIT ALBUM TERBAIK
Menggapai Pelangi (Illusi) - Pemenang (Perekabentuk: S. Amin Shahab)
Ana Permata Timur (Hattan)
Bazooka Penaka (Wings)
Sampai Hati (Spring)
Sentuhan Emas (Fauzi Marzuki)

VIDEO MUZIK TERBAIK
Sampai Hati (Spring) - Pemenang (Pengarah: Paul Wong)
Bukan Aku Tak Cinta (Saleem)
Curiga (Ning Baizura)
Inilah Nasibku (Nico)
Lagu Cenderawasih (Kris)

RAKAMAN ALBUM TERBAIK
Bazooka Penaka (Wings) - Pemenang (Jururakam: Stewart Day)
Asia Sedunia (Aishah)
Dunia Iklim (Iklim)
Nash 1993 (Nash)
Ziet Geist (MAY)

ANUGERAH SRI WIRAMA
Ahmad Nawab & Sudirman Haji Arshad

Kiri: Norman KRU & Seha, pengacara AIM 1993.
Kanan: Kakak kepada Sudirman (yang meninggal dunia pada 1992),
wakil penerima Anugerah Sri Wirama.
Ramalan AIM pertama - 9 Dis 1993

Beberapa lagi foto AIM 1993 di bawah:

Kiri: Ning Baizura & J.P. Abdullah, pemenang Album Terbaik.
Kanan: Awie Wings (baju kelabu), wakil pemenang Rakaman Album
Terbaik. Wings mengumumkan pengunduran Awie sebagai penyanyi
mereka sebaik sahaja tamat majlis AIM 1993.
Persembahan Ning Baizura (kiri) & Ziana Zain (kanan) dalam AIM 1993.
Kedua-dua mereka tewas kepada Shima untuk Vokal Terbaik - Wanita.
Kiri: Ning Baizura, Nana Nurgaya & Leina (belum digelar Hangat).
Kanan: Kumpulan Feminin & Nico, di belakang pentas AIM 1993.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...