
Majalah Boom! pertama kali dikeluarkan pada 1 Julai 1995. Majalah bulanan bersaiz komik antarabangsa ini berharga RM2.80, dan ia dipercayai muncul setelah melihat kejayaan
Majalah Ujang pada 1994. Pada muka depan Boom! keluaran pertama, terdapat logo bulat yang tertera nama
Ahadiat Akashah, yang merupakan penerbit majalah ini. Ahadiah Akashah yang merupakan seorang
novelis terkenal juga pernah muncul sebagai penulis undangan dalam beberapa keluaran awal Majalah Ujang.
Majalah Boom! menampilkan beberapa orang
kartunis baru yang tidak terkenal. Boleh dikatakan persembahan majalah ini tidaklah begitu menarik dengan ruangan yang bercampur aduk dan tidak tersusun rapi. Selain mengandungi kartun humor biasa yang semuanya kelihatan sangat amatur, terdapat juga
ruangan penulisan yang turut menampilkan Ahadiat Akashah dengan cerpen
Balak Cun dan Streets Kid.
Aznil Nawawi yang bertindak sebagai Co-Editor juga disenaraikan sebagai salah seorang penulis.
Seorang lagi penulis yang terlibat dalam majalah ini ialah
Mior Ahmad, atau lebih dikenali hari ini sebagai
Din Beramboi. Dalam majalah ini Mior menulis untuk watak yang bernama
Che' Din The Original. Dalam ruangan Panas! Panas! Panas!, Che' Din telah menceritakan serba sedikit tentang perebutan nama dan watak Din Beramboi yang sebenarnya telah dicipta oleh Mior Ahmad sendiri sebelum ia di
ciplak oleh Majalah Ujang. Che' Din menulis dalam loghat daerah, kata beliau:
"Satu ketiko dulu, kalau ado yang ingek, pornah tak dongar
kaset tentang kisah seorang tuo:
Ha... pak cik dulu tinggal Kedah. Lepas tu pak cik beli bas mini duo, pak cik niagokan. Pak cik niago, niago, niago, lepas tu entah macam mano, pak cik kayo tau! Kayo sangat pak cik!!"
(Nota: kaset tersebut telah tersebar di kalangan orang ramai sebelum kewujudan Majalah Ujang)
Meneruskan ceritanya, Che' Din memberitahu, "Sobonar eh, tak do siapo yang gilo. Tak do lah pak cik sampai
pakai selipor kek botis. Populariti kaset tu kalau nak diikuitkan, tersebar ke seluruh Malaysia. Lopeh tu, adolah berbagai-bagai pihak yang mengaku dio punya. Yang paling sodih, watak pak cik dijadikan watak utamo dalam sebuah
majalah humur. Kalau iyo pun nak pakai watak tu, berbincanglah caro elok. Macam R.A.P (Roslan Aziz Production) tu, sanggup cari pak cik mintak kebonaran nak potik sebahagian isi kaset untuk
lagu Zainal Abidin. Takkan lah ponorbit majalah tu tak bolu buat macam tu. Abih segalo idea, caro pak cik borcakap dalam kaset tu diciplak dan digunakan sewenang-wenangnyo"
Perjuangan Mior Ahmad (Din Beramboi / Che' Din The Original) untuk menuntut
hakcipta sepenuhnya ke atas nama watak rekaannya itu akhirnya berjaya, dan Majalah Ujang telah tidak lagi menggunakan nama Din Beramboi mulai penghujung 1997, manakala majalah
Lanun pula menghentikan penggunaan nama Din Beramboi mulai pertengahan 1998. Namun begitu nasib majalah Boom! sama seperti banyak lagi majalah kartun lain yang
kurang identiti tersendiri, di mana majalah ini juga tidak dapat bertahan lama dalam pasaran.