
Sekiranya pada 1982 penyanyi pop
Mazuin Hamzah terpilih untuk mengiklankan kereta
Datsun Pulsar, pada tahun berikutnya pelakon terkenal
Noreen Noor pula terpilih untuk mengiklankan sebuah lagi jenama
kereta.
Nissan Stanza 1600 dikatakan sebagai "kereta masa depan" dengan ciri seperti "kotak gear 5 kelajuan yang
comel" dan sebagainya. Sebelum terkenal melalui filem
Talak pada 1984, Noreen merupakan seorang penyanyi, tetapi agak kurang terkenal. Dalam tahun
1983 juga Noreen telah mengeluarkan sebuah album berjudul
Kepastian di mana syarikat pengedar kereta
Tan Chong & Sons turut terlibat dalam merekabentuk kulit album itu yang menampilkan gambar Noreen melentikkan badannya di sisi sebuah kereta.
Nota tambahan:
Tandatangan, Noreen Noor.
1 comment:
classic gila...
Post a Comment