
Selepas kejayaan tersebut, seorang lagi lelaki berusia 25 tahun turut menjalani pembedahan menukar jantina pada bulan Oktober tahun yang sama.
Nota tambahan:
Pada 1974, doktor S.S. Ratnam telah mengetuai sekumpulan pakar bedah daripada University Of Singapore bagi melakukan pembedahan menukar jantina ke atas seorang wanita berketurunan Cina berusia 24 tahun. Pembedahan yang dianggap unik dan sangat kompleks itu dilakukan dalam 4 peringkat di Hospital Kandang Kerbau. Pada pembedahan peringkat pertama yang dilakukan beberapa bulan lebih awal, zakar tiruan telah dibentuk daripada tisu dan kulit yang diambil daripada bahagian pinggang pesakit. Pembedahan peringkat ketiga yang dilakukan pada Disember tahun itu menyaksikan pasukan pembedahan mengambil masa 90 minit bagi mencantumkan zakar tersebut kepada badan pesakit. Saluran kencing kemudiannya dibentuk semasa pembedahan terakhir beberapa bulan kemudian.
1 comment:
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya, bolehkah seorang doktor pakar kulit melakukan pembedahan samada pembedahan kecil atau besar ?
Post a Comment