
Pada 20 Julai
1972, Malaysia dikunjungi oleh
pelakon filem legenda India iaitu M.G. Ramachandran atau nama glamournya
MGR. Pada ketika itu tiada nama lain yang lebih layak untuk menyambut kedatangan MGR ke Malaysia selain daripada satu-satunya legenda filem Melayu,
P. Ramlee. Tiada siapa menyangka bahawa hayat P. Ramlee di dunia hanya tinggal lebih kurang 10 bulan sahaja daripada hari bersejarah itu. P. Ramlee bersama ribuan peminat filem telah menyambut kedatangan MGR di
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, iaitu negeri kelahiran P. Ramlee. Pada hari itu, MGR dan P. Ramlee, dua ikon filem tersohor dunia sempat bergambar bersama.
P. Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973 semasa filem terakhirnya
Laxmana Do Re Mi masih ditayangkan di pawagam. MGR pula meneruskan kerjaya lakonannya sehingga filem terakhir pada 1978 sebelum bersara dan meninggal dunia pada 1987.
1 comment:
Saya teringat Ibrahim Pendek macam pernah berlakon bersama lagenda Hollywood Rock Hudson
Post a Comment