21 April 2011

Chronicle Of Malaysia 1957-2007 (2007)

ISBN 978-981-4217-17-0
First Published 2007

Buku berbahasa Inggeris berjudul Chronicle Of Malaysia 1957-2007 ini diterbitkan oleh Editions Didier Millet pada 2007. Tajuk sampingannya ialah "Fifty years of headline news". Walaupun harganya mungkin agak mahal iaitu RM120.00 tetapi nilai isi kandungan serta persembahan buku ini sememangnya amat menepati harganya. Buku setebal 384 muka surat yang berwarna warni ini mengandungi lebih kurang 2,400 tajuk berita mengenai Malaysia yang pernah disiarkan oleh akhbar tempatan dalam tempoh 50 tahun sejak 1957 hingga 2007. Terdapat lebih kurang 1,200 gambar dan ilustrasi yang menghiasi halaman buku ini yang menggunakan kertas bermutu tinggi. Berita-berita penting dan menarik dalam pelbagai topik seperti sukan, hiburan, politik, tragedi, jenayah, seni dan sebagainya disusun mengikut kronologi tahun bagi menggambarkan sejarah perjalanan negara Malaysia. Sebagai bonus, disertakan sekeping cakera DVD khas yang tidak ada dijual di mana-mana berjudul "The Story Of Malaysia" yang berdurasi 1 jam 40 minit dan mengandungi pelbagai petikan video dan filem lama terbitan Filem Negara Malaysia dan RTM. Buku dan DVD ini sememangnya sebuah penerbitan yang sangat menarik dan bernilai tinggi. Di bawah adalah senarai sekadar 14 entri ANX terdahulu yang ditulis berdasarkan maklumat dan gambar daripada buku Chronicle Of Malaysia:

Miss Perak (1970)
Pembinaan Mimaland (1971)
P. Ramlee vs. MGR (1972)
Miss Malaysia-World (1973)
Kompleks Campbell di Kuala Lumpur terbakar (1976)
Pesawat MAS dirampas dan terhempas di Johor (1977)

Botak Chin dihukum gantung (1981)
Mokhtar Dahari vs. Maradona (1982)
Servis Sidek diharamkan (1982)
Pembukaan Jambatan Pulau Pinang (1985)
Jacinta Lee dalam majalah Playboy (1986)
David Copperfield di Malaysia (1988)

Lukisan dicuri dari National Art Gallery, Kuala Lumpur (1994)
Filem Melayu klasik diharamkan (2003)

Beberapa imej video daripada DVD The Story Of Malaysia:













4 comments:

nikths said...

syabas saudara khys, ni dah jadi arkib terhebat.10 atau 20 tahun lagi buku ni akan jadi rare dan paling berharga.Simpan baik-baik bro.

khys said...

tq. kalau ikutkan hati nak letak byk lagi info menarik dari buku ni ke dlm blog, tapi biarlah org yg nak tahu cari sendiri.

sekarang ANX tgh nak tambah lebih byk entri dari buku Chronicle Of Singapore pulak...

The Nemesis said...

Mana nak dpt buku ni? Blh sy dptkam contact saudara

khys said...

The Nemesis:
nampaknya buku tu masih ada jual di kedai buku MPH
http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789814217170

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...