Majalah Utusan Radio & TV atau kini dikenali dengan nama ringkasnya URTV mula diterbitkan pada 15 Januari 1970 dengan menggunakan slogan "Majallah Hiboran Untok Semua". Harganya ketika itu sebanyak 40 sen (agak mahal) dan majalah yang diterbitkan dua kali dalam sebulan itu menghidangkan berita dan cerita hiburan dari dalam dan luar negara. Dalam keluaran ke-41 (15 September 1971), majalah URTV (permit penerbitan KDN 5037) pernah menyiarkan sebuah rencana di muka surat 2 yang bertajuk "Topless di-Jakarta" yang dihiasi dengan beberapa keping gambar penari bogel wanita (hanya ditapis bahagian yang paling erm.. menonjol sahaja). Ketika itu kawalan terhadap bahan bercetak tidak setegas seperti sekarang. Majalah URTV sejak dari awal penerbitannya merupakan bahan bacaan umum yang tidak menghadkan umur pembacanya.
Petikan renchana dan gambar:
"Persembahan yang dibawakan oleh penari2 dari Great Britain itu adalah istimewa sekali. Pernah saya melihat tarian2 topless di-Singapura dan Johor Bharu, tetapi yang dipersembahkan oleh pasangan suami isteri ini sungguh lain dari yang lain dan perkara ini saya berani akui. Tarian mereka walaupun disifatkan menggior sekali, tetapi bagi orang2 yang mempunyai fahaman seni dapat mentafsirkan sechara gerak dan gaya yang dibawakan itu berunsur seni. Maka hal ini jelas sekali mengandongi dua unsur fahaman dan tafsiran dari dua belah pehak. Iaitu pehak yang menganggap sexy dan yang mensifatkan satu dari chabang seni" - Ismail H. M.

No comments:
Post a Comment