Pertandingan pencarian lelaki kacak iaitu Manhunt International mula dianjurkan pada 1993. Untuk mencari wakil Malaysia, pertandingan Manhunt peringkat tempatan telah diadakan lebih awal. Pada 1994, pertandingan akhir Manhunt peringkat Malaysia turut disertai oleh seorang model yang kini dikenali sebagai pelakon popular dan terbaik iaitu Zamarul Hisham. Ketika itu Zamarul berusia 23 tahun dan beliau telah memenangi kategori "Mr. Elegant Bonia" tetapi gagal untuk mewakili Malaysia apabila peserta bernama Kenny Clarence Paptist yang akhirnya muncul sebagai pemenang utama.
Nota tambahan:
Hanya terdapat seorang peserta berbangsa Melayu yang pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Manhunt peringkat Malaysia, iaitu Jefree Sharizal Abdul Aziz pada 1997. Beliau kemudiannya mewakili Malaysia dalam pertandingan Manhunt International 1997 yang diadakan di Singapura tetapi tidak memenangi sebarang kategori.

No comments:
Post a Comment