06 December 2010

David Copperfield di Malaysia (1988)

Ahli silap mata yang paling terkenal pada 1980-an, David Copperfield telah hadir ke Kuala Lumpur pada 20 Jun 1988 untuk membuat beberapa persembahan. Sebelum itu rakyat Malaysia sudah sering disajikan dengan persembahan ilusi beliau yang begitu menakjubkan melalui beberapa rancangan TV. Persembahan David Copperfield yang paling menjadi topik perbualan ialah apabila beliau berjaya membuat ilusi yang meyakinkan dengan berjalan merentasi Tembok Besar China pada 1986.

Kebanyakan orang pada 1980-an (malah sekarang pun!) yang mempercayai perkara mistik dan khurafat sering mengaitkan persembahan David Copperfield dengan penggunaan ilmu sihir dan bantuan makhluk halus, kerana kepada golongan sebegitu persembahan ilusi yang pelik tidak mampu untuk dijelaskan secara logik akal akibat daripada pemikiran mereka yang cetek. Walau bagaimanapun, ketika di Kuala Lumpur David Copperfield cuma membuat persembahan silap mata yang biasa sahaja dan tiada ilusi luar biasa yang menjadi ingatan.

3 comments:

nikths said...

Pada masa ini beliau mahu membuat persembahan untuk menghilangkan bangunan parlimen tapi tidak dibenarkan oleh kerajaan Malaysia.

khys said...

terima kasih atas maklumat.
dlm buku ni tak tulis detail sangat.

Yadi said...

ada seorang bomoh waktu tu mendakwa David Copperfield menggunakan merpati sebagai jamuan kepada jin yang mendampingnya semasa buat silapmata. Bomoh tu mengatakan akan memanggil burung gagak bagi menakutkan jin tersebut agar silapmatanya tak menjadi. Kalau lah waktu tu dah ada rancangan Magic Finally Revealed!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...