26 June 2011

Pemilihan Penyanyi Popular Tahun 70-an (1979)



Pada awal 1979, Persatuan Penyanyi Tanah Air (PAPITA) dengan kerjasama majalah URTV telah menganjurkan satu undian umum bagi memilih penyanyi tempatan popular 1970-an. Undian tersebut terbahagi kepada 2 kategori iaitu Penyanyi Lelaki & Penyanyi Wanita, dan ia dijalankan melalui pos dengan cara menghantar borang yang disediakan dalam majalah tersebut. Senarai penyanyi yang dicalonkan oleh PAPITA bagi Pemilihan Penyanyi Popular Tahun 70-an ialah seperti berikut.

Penyanyi-Penyanyi Lelaki Tahun 70-an (hingga 1978):
  1. A. Razak
  2. A.J. Ajmain
  3. Ahmadi Hassan
  4. Andre Goh
  5. Andy Yunus
  6. D.J. Dave
  7. Dahlan Zainuddin
  8. Deddy M. Borhan (lebih terkenal sebagai penerbit filem pada 1980-an)
  9. Hail Amir
  10. Hail Chik
  11. Hanafiah Yunus
  12. J. Mizan
  13. Jasmin Hussin
  14. Latiff Ibrahim
  15. M. Daud
  16. M. Daud Kilau
  17. M. Ramli
  18. M. Sani
  19. M. Shariff
  20. Rahman Kadir
  21. Ruslan Yuss
  22. S. Rosli
  23. S. Sudirman
  24. Shamsudin Lamin
  25. V. Sarangabani (paling rare!)
Penyanyi-Penyanyi Wanita Tahun 70-an (hingga 1978):
  1. Anita Sarawak (masih aktif!)
  2. Dahlia Ahmad
  3. Efa Rizan
  4. Faridah Mansor
  5. Fatimah Razak
  6. Habibah Yaakob
  7. Hamidah Ahmad
  8. Hamidah Buang
  9. Juli Remie
  10. Junainah M. Amin
  11. Khatijah Ibrahim
  12. Mazuin Hamzah
  13. Milah Hussin
  14. Mimi Loma
  15. Noor Kumalasari
  16. Rahimah Rahim
  17. Rina Rahman
  18. Rohani Aziz
  19. Rose Iskandar
  20. Rozita
  21. Saadiah Saat
  22. Salmiah Hassan
  23. Sarina Hashim
  24. Sharifah Aini (masih aktif!)
  25. Suhaili Shamsuddin
  26. Uji Rashid
  27. Zalifah Ibrahim
Sekiranya anda tidak mengenali sesetengah daripada nama-nama penyanyi popular di atas malah tidak pernah mendengar langsung lagu-lagu nyanyian mereka tidak mengapa, kerana generasi berikutnya pada 32 tahun akan datang juga akan bertanya soalan yang sama tentang siapakah itu Faizal Tahir, Mawi, Stacy atau pun Jaclyn Victor, nama seakan-akan pakcik dan makcik yang tidak glamor dan tidak mungkin pernah popular saja gayanya. Sudahlah cara mengundi pun melalui SMS, sangat ketinggalan zaman, orang dah tak guna telefon bimbit lah!

6 comments:

Unknown said...

So, siapa yg menang? S. Sudirman tu Sudirman Hj Arshad ke??? Kenapa nama Sanisah Huri & Rafeah Buang takde??? Suka sy baca blog tuan nie, penuh informasi zaman dahulu....keep it up!!!

khys said...

terima kasih kerana komen.

tak pasti siapa menang sebab saya cuma ada 2 naskah urtv 70-an.

bukan sudirman arshad, sebab dia baru menang bintang rtm 1976, tak popular sangat lagi.

saya pun tak tahu sangat pasal artis 70-an ni, masih mengumpul maklumat.

zulhisham mohd said...

pemenanh kategori lelaki m.daud kilau,
kategori perempuan sharifah aini

Ahmad Shahrin said...

tolong cari lagu ni admin...

mengkuang tuan hai lebat, berdaun lebat...
mengkuang saya berduri,daun berduri...
dagang tuan hai,bertempat dagang bertempat...
dagang lah saya sendiri,rantau sendiri...

shaz yusoff said...

admin..tlg cari citer tentang penyanyi maria abdullah..dia penyanyi tahun era 70-an..pernah masuk bintang rtm..tq admin

galaksi viral said...

blog ini sangat bagus. tapi macam dah takde update je. huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...