24 April 2011

KRU bertemu MC Hammer (1992)

Pada 1990, muzik hip hop atau disebut juga rap mula meningkat popular di Malaysia melalui artis barat seperti Vanilla Ice dengan lagu Ice Ice Baby, dan MC Hammer dengan lagu U Can't Touch This. Kedua-dua artis tersebut banyak mempengaruhi remaja tempatan untuk meminati muzik sedemikian yang langsung tidak popular sebelum itu, dan dalam tempoh hanya 2 tahun kemudian, Malaysia sudah pun mempunyai artis rap tempatan yang sangat popular seperti kumpulan 4U2C dan KRU. Pada hujung 1991, MC Hammer telah mengeluarkan album seterusnya yang popular dengan lagu Too Legit To Quit, dan beliau sempat berkunjung ke Kuala Lumpur pada 1992 untuk mempromosikan album itu. Akhbar tempatan ketika itu menggelar MC Hammer sebagai Raja Rap. Bertuahnya KRU apabila berpeluang mendekati Raja Hammer kerana mereka semua sememangnya di bawah syarikat rakaman yang sama iaitu EMI yo!

2 comments:

Kaiju Malaya said...

HAHAHAHHA... xtahan tgk dressing rappers malaysia. Hammer ni pun mengarut gak dressup dia... Nasib baik KRU lebih berjaya dari MC Hammer. BTW abg Norman simpan mana baju2 lama ni?

Anonymous said...

Giler cool~ Terbaikk!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...