08 January 2013

Persatuan Sasterawan Mati & Ingatan Semporna (1990)

Dua tahun lalu, pada Januari 2011, ANX telah menyiarkan entri bertajuk Terjemahan Tajuk Filem. Entri pada hari ini ialah kesinambungan kepada entri tersebut. Tidak banyak yang dapat diperkatakan lagi tentang topik tersebut kerana ia telah diceritakan dalam entri terdahulu.

Namun begitu, terdapat beberapa lagi terjemahan tajuk filem yang begitu menarik sekali hingga dirasakan agak rugi sekiranya ia diabaikan sebagai bahan arkib. Tambahan pula pada masa kini terjemahan tajuk-tajuk filem luar negara kepada bahasa kebangsaan sudah tidak lagi diamalkan dengan meluas.

Jadi, apa yang dikongsikan ini bolehlah dikatakan sebagai cebisan sejarah dunia hiburan tempatan yang tidak mungkin berulang kembali, melainkan kempen Cintailah Bahasa Kita dipergiatkan semula seperti suatu ketika dahulu.

Persatuan Sasterawan Mati - tajuk asalnya ialah Dead Poets Society (1990 - tayangan di Malaysia), sebuah filem drama Hollywood yang popular dan menjadi antara contoh filem berkualiti yang menghiburkan. Terjemahan tajuk filem itu mungkin terlalu lurus sehingga menimbulkan kelucuan kepada sebuah filem yang serius, tetapi terjemahan tersebut sememangnya menarik perhatian.


Ingatan Semporna - tajuk asalnya ialah Total Recall (1990), sebuah filem aksi Hollywood yang mengukuhkan lagi populariti pelakon Arnold Schwarzenegger ketika itu. Penggunaan ejaan lama 'Semporna' menambahkan lagi keunikan kepada terjemahan tajuk filem itu. Total Recall begitu popular hingga telah dibikin semula dalam versi baru yang ditayangkan pada 2012.

2 comments:

Jimmy Zorden said...

Berapa ringgit harga tiket waktu tu? Dulu duk kampung..x mampu lagi nak g tgk wayang..huhu

khys said...

harga tiket tak tetap, bergantung kpd lokasi & jenis pawagam. filem tempatan & luar negara berbeza harga tiket. selain tu ada juga kategori tempat duduk, seperti kelas satu, kelas khas & sebagainya yg berbeza harga tiket. kalau filem tempatan 1990an, harga tiketnya di antara RM4 hingga RM6.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...