30 April 2013

Rozita Che Wan dalam Miss South East Asia Queen (1992)

Pertandingan ratu cantik Miss South East Asia Queen telah dianjurkan buat pertama kalinya oleh D'Touch Promotion pada 26 Julai 1992 di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Melalui nama pertandingan itu, dapat diketahui bahawa ia mempertandingkan bekas pemenang-pemenang pertandingan ratu cantik dari serata Asia Tenggara. Seramai 14 orang ratu cantik dari Malaysia (3), Filipina (3), Indonesia (3), Singapura (3), Brunei (1) & Thailand (1) telah menyertai pertandingan itu.

Peserta dari Malaysia & gelaran yang pernah dimenangi:
  • Samantha Schubert (23 tahun / Miss Malaysia-World 1991)
  • Rozita Che Wan (18 tahun / Miss Malaysia-Intercontinental 1992)
  • Penny Soon (21 tahun / Miss Malaysia-Dreamgirl 1992)

Antara peserta dari negara-negara lain & gelaran yang pernah dimenangi:
  • Kristina Rahman (Brunei / 18 tahun / Tempat ke-4 Miss Teen di Singapura)
  • Amelia Joy (Filipina / 21 tahun / Miss Philippines-Charm 1992)
  • Viftra Burgos (Filipina)
  • Sharon Tan (Singapura)
  • Indira Hasbullah (Indonesia)

Rozita Che Wan (ratu cantik remaja yang popular) mewakili Malaysia

Keputusan pertandingan Miss South East Asia Queen 1992:
  • Amelia Joy (Tempat pertama Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Body Beautiful & Miss Giamax Elegant)
  • Penny Soon (Tempat ke-2 Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Super Trim & Miss Crowning Glory)
  • Samantha Schubert (Tempat ke-3 Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Balenciaga)
  • Viftra Burgos (Tempat ke-4 Miss South East Asia Queen 1992)
  • Sharon Tan (Tempat ke-5 Miss South East Asia Queen 1992)
  • Rozita Che Wan (Hadiah sampingan: Miss Agfa Colour Photogenic & Miss A O Winning Look)
  • Kristina Rahman (Hadiah sampingan: Miss Friendship)
  • Indira Hasbullah (Hadiah sampingan: Miss Personality)

Peserta dari Malaysia memenangi tempat ke-3

Beberapa lagi gambar para pemenang di bawah:

Peserta dari Malaysia memenangi tempat ke-2
Peserta dari Filipina memenangi tempat pertama
Komen peserta dari Brunei, "There are no beauty contests in my country
so I have to go to other countries for the competition" (NST/22.7.1992)
Peserta dari Indonesia

Nota tambahan:
Sebulan selepas berlangsungnya pertandingan Miss South East Asia Queen 1992 di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur, satu lagi pertandingan ratu cantik yang bersejarah telah berlangsung di tempat yang sama iaitu pertandingan akhir Miss Malaysia-World 1992 di mana Erra Fazira telah dipilih sebagai pemenang.

3 comments:

Sata Saalimun @1974 said...

Boleh tolong carikan lagu rock hujung 80 an atau awal 90 an ?x ingat lagu apa dan kumpulan apa...

lirik lagu "ada yang berambut panjang tapi berbudi bahasa.."

B776EEsperanza255FA said...

5258B
sightcare
pubg uc

1574FJayleeFBD83 said...

1D71C
https://bit.ly/Immediate-Momentum-Reviews-2023

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...