21 April 2013

Bendul - Mr. Bean Malaysia (1994)

Bendul ialah judul sebuah siri komedi situasi atau sitkom yang pernah disiarkan oleh stesen penyiaran RTM mulai 13 September 1994. Sitkom Bendul disadur - atau menurut pendapat umum, ia ditiru! - daripada sitkom terkenal luar negara, Mr. Bean, yang telah wujud sejak 1990. Seperti mana siri sitkom lain, slot siaran Bendul memakan masa 30 minit, dan ia disiarkan oleh TV1 setiap hari Selasa pada waktu perdana, 8.30 malam (sebaik sahaja selepas siaran berita perdana). Siaran musim pertama Bendul sebanyak 13 episod berakhir dalam bulan Disember 1994.


Selepas Bendul disiarkan sebanyak 3 episod, wartawan Ku Seman Ku Hussain daripada akhbar Utusan Malaysia telah menulis sebuah ulasan di dalam ruangan Ulasan Drama TV. Jarang sekali sesebuah sitkom diberi perhatian yang sebegitu serius sehingga diulas seperti mana sebuah filem, telefilem mahu pun pementasan teater. Begitulah kuatnya impak kewujudan Bendul kepada penonton televisyen di Malaysia yang sememangnya sudah agak lama mengenali Mr. Bean sejak ia disiarkan oleh stesen penyiaran swasta, TV3 pada sekitar awal 1990-an.
Nota: Bendul disiarkan pada 1994 dalam tempoh yang hampir sama dengan siaran musim terbaru Mr. Bean, cuma hari & waktu siarannya saja yang berbeza. Mr. Bean disiarkan oleh TV3 setiap hari Isnin pada pukul 9.00 malam.

Watak "Bendul" dilakonkan oleh pelakon yang tidak terkenal ketika itu (mungkin juga hingga kini?) iaitu Huzir Sulaiman. Antara pelakon lain dalam sitkom arahan Harith Iskander itu ialah seperti Patrick Teoh, Ida Nerina & Deanna Yusoff. Di dalam ulasan Ku Seman, sitkom Bendul digelarnya sebagai "drama alihlakon", dan beliau berpendapat konsep persembahan Bendul itu "suatu yang cukup memalukan". Walau bagaimanapun, Ku Seman tetap mengakui bakat arahan yang dimiliki oleh Harith, begitu juga dengan bakat lakonan yang dimiliki oleh Huzir & Patrick, cuma beliau berpendapat bahawa mereka semua telah tenggelam oleh "tuntutan komersil" pihak-pihak yang terlibat dalam industri drama.

Nota tambahan 1:
Sitkom Bendul sehingga kini dianggap sebagai program yang tidak sepatutnya wujud, malah kaitan terhadapnya juga dianggap mungkin akan memalukan sesiapa saja. Walau bagaimanapun, apabila Huzir Sulaiman (bekas pelakon watak "Bendul") dipilih untuk menghiasi kulit majalah KLue pada 2003 (sempena pementasan teater karyanya, Atomic Jaya), siapa sangka bahawa artikel yang disiarkan di dalam majalah itu telah dimulakan dengan rujukan kepada Bendul! Adlin Rosli menulis:
    "Huzir Sulaiman once played a Mr Bean-like character in a TV show called Mr Bendul in the mid '90s. Just like the source material, Bendul was the sort of fool who could escape silly situations with comic ease"
    "Spend some time with Huzir, however, and you'd inevitably find yourself wondering how this sensitive and intelligent man could have anything to do with a Rowan Atkinson rip-off. The two are nothing alike. Huzir is a Princeton alumnus with a penchant for writing some of the wittiest plays ever performed on these shores"
    Nota tambahan 2:
    • Secara kebetulan, sitkom Mr. Bean yang bermula pada 1990 akhirnya telah ditamatkan pada penghujung 1995, iaitu lebih kurang setahun saja selepas kewujudan Bendul. Siaran ulangan Mr. Bean masih disiarkan sehingga kini (kadang-kadang dapat dilihat muncul di TV3).
    • Berdasarkan memori dan bukannya fakta (sebab belum berjumpa bukti yang kukuh): Sitkom Bendul berjaya disambung sehingga musim kedua di mana watak "Bendul" yang asalnya dilakonkan oleh Huzir Sulaiman telah digantikan dengan Harith Iskander (maklumat ini tidak dapat disahkan, perlu disemak).
    • Huzir Sulaiman ialah penulis skrip filem Dukun arahan Dain Said yang sepatutnya ditayangkan pada 2007 tetapi sehingga kini masih tidak dapat ditayangkan atas sebab kaitan kisah filem itu dengan kes jenayah sebenar.
    Nota tambahan 3:
    Dalam filem Aku Bukan Tomboy (2011), apabila watak lakonan Syamsul Yusof memperkenalkan namanya sebagai "Burn", watak lakonan Scha Al Yahya telah mengejek Burn yang berimej nerd dengan memanggilnya sebagai "Bendul".

      4 comments:

      akraminHARIRI said...

      Dua2 pelakon bendul ni sy pernah tgk... Ntah mcm mne buleh tgk mse bdk2 skolah dlu. Mmg copycat sebijik dr mr.bean. kostum bendul ialah suit formal dgn kot warna kuning.

      Anonymous said...

      confirmed! masih segar dlm ingatan, season ke2 harith ganti jd bendul. last episod 1st season, bendul(huzir) naik karpet terbang mcm aladdin n jatuh. season 2, 1st episod, dimulai dgn tnjuk sdikit kjadian td, dan camera trus tnjuk bendul baru(harith) yg berada kat kedai surat kabar tgh terpinga2 tanpa sbb.kahkahkah

      Anonymous said...

      bendul pakai moto ex5. bendul zaman harith iskandar ade la lawak cikit berbanding huzir..tp ape2 pun sitkom ni kire legend la

      Anonymous said...

      Pelakon Bendul Huzir Sulaiman ni adalah anak kepada peguam terkemuka Datuk Haji Sulaiman Abdullah (yang terkenal dengan imej memakai serban) dan ibunya pula Prof Mehrun Siraj (bekas Dekan Fakulti Undang-Undang UKM dan juga bekas Pesuruhjaya SUHAKAM).

      Post a Comment

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...