Datin ialah gelaran yang cukup popular di Malaysia, terutama sekali dalam arena politik serta hiburan. Wanita yang mendapat gelaran Datin dianggap telah menerima penghormatan yang tinggi walaupun ia sebenarnya sekadar bermaksud bahawa si wanita tersebut sedang bersuamikan seseorang yang dikurniakan dengan gelaran Datuk. Majalah-majalah kewanitaan tempatan secara tipikalnya sering memberi tumpuan kepada bahan-bahan yang berkaitan dengan kehidupan para Datin. Apa yang Datin pakai, apa yang Datin buat, apa yang Datin fikir, dan sebagainya - dianggap sebagai antara bahan yang amat menarik untuk dipaparkan kepada para pembaca majalah (terutama sekali golongan pembaca yang bukan Datin). Status para Datin - yang secara tipikalnya digambarkan sebagai golongan berada - telah berjaya dinaikkan melalui kekerapan paparan di dalam media cetak mahu pun media elektronik.
Para Datin di Malaysia sememangnya mudah menjadi tumpuan dari dulu hingga kini. Majalah Perempuan keluaran Januari 1994 misalnya, memberi tumpuan kepada Datin Masnah Rais yang digambarkan sebagai seorang Datin yang rajin menjaga kesihatan serta berjaya mengekalkan bentuk badan walaupun sudah berusia 40-an.

Bersenam untuk kesihatan (1994) |
Selain bersenam 3 kali seminggu di gimnasium, Datin Masnah Rais juga dikatakan aktif bermain badminton di Kelab Darul Ehsan (1994) |
Nota tambahan:
- Menurut Kamus Dewan, "Datin" ialah "gelaran bagi isteri seseorang yang telah dianugerahi gelaran Datuk (atau Dato'); Datin Seri gelaran bagi isteri seseorang yang bergelar Datuk Seri (Dato' Seri)".
- ANX kini mewujudkan label/tag Datin di bawah kategori Malaysia Kita.
No comments:
Post a Comment