
Di sebelah ialah gambar
Christina Lim pada
1980. Beliau pernah memenangi pertandingan
Miss Malaysia-World pada
1977, iaitu selepas
Cik Putih Naziauddin. Kemenangan tersebut melayakkan Christina menerima
hadiah berupa sebuah
kereta berjenama
Datsun yang ditaja oleh syarikat Tan Chong & Sons. Hadiah lain yang diterimanya ialah wang tunai sebanyak
$1000, barangan elektrik, barangan mekap dan beberapa helai pakaian. Selepas itu Christina telah menyertai pertandingan
Miss World 1977 di Royal Albert Hall,
London, tetapi nasibnya sama seperti Cik Putih yang diarahkan
menarik diri daripada pertandingan itu sebagai tanda
protes terhadap dasar
aparteid (diskriminasi bangsa) oleh negara
Afrika Selatan yang menghantar peserta berkulit putih. Hasil
boikot banyak negara termasuk Malaysia pada 1976 & 1977 telah menyebabkan penganjur Miss World tahun seterusnya tidak lagi menerima peserta Afrika Selatan sehinggalah tamatnya era aparteid pada 1991.
Christina telah menjual kereta Datsun yang diterimanya tidak lama kemudian kerana sudah mempunyai kereta lain milik keluarganya. Beliau kemudiannya terus menjadi peragawati sambilan, dan pada 1979 telah menyertai kursus bermain organ di England selama 6 bulan atas cadangan keluarganya yang melihat kerjaya peragawati tidak menjanjikan pendapatan tetap. Dengan kelulusan yang diperolehinya, Christina meninggalkan bidang peragawati dan mula bekerja secara tetap sebagai guru organ dengan syarikat Yamaha.
No comments:
Post a Comment