Pada 1994, pita video lucah buatan Malaysia yang berjudul "Made In Keratong - Koleksi Malam Pengantin", atau judul ringkasnya Made In Keratong, telah tersebar dalam pasaran gelap tempatan!
Pita video lucah Made In Keratong dirakamkan secara amatur dalam sebuah rumah di Felda Keratong Tiga, Pahang. Video tersebut 'dilakonkan' oleh sepasang suami isteri yang merupakan pengantin baru. Si suami itu bergelar "Abang Man", manakala identiti isterinya dirahsiakan. Sebelum menikahi "Abang Man", perempuan yang berusia 20-an itu adalah seorang janda. Perempuan itu telah dianiaya oleh suami keduanya iaitu "Abang Man", apabila lelaki itu secara paksa telah merakamkan video perlakuan seks mereka semasa di malam pertama pernikahan. Pita video lucah tersebut dikatakan telah jatuh ke tangan "pihak lain" yang mengambil kesempatan untuk memperdagangkannya.
Menurut laporan berita Harian Metro pada 14 Oktober 1994, pita video lucah Made In Keratong telah disalin dengan banyaknya dan "dijual hingga ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan serta Johor pada harga di antara RM25 dan RM100". Dalam laporan yang sama, dinyatakan bahawa "Abang Man" dan "pihak lain" yang terlibat dalam memperdagangkan pita video lucah tersebut telah menyembunyikan diri atau melarikan diri ke negeri lain sebaik sahaja kes tersebut terbongkar kepada umum. Harian Metro membuat laporan tersebut berdasarkan temubual bersama "pihak berkuasa agama daerah" yang mengendalikan kes itu.
Walaupun secara jelas perempuan di dalam pita video lucah Made In Keratong itu merupakan mangsa yang teraniaya, Harian Metro telah merujuk kepada perempuan terbabit sebagai "Pelakon lucah" di dalam tajuk laporan berita berkenaan!
Nota tambahan:
- Kes pita video lucah Made In Keratong terbongkar pada waktu yang hampir sama dengan kes disket artis bogel pada 1994.
- Lebih kurang 2 tahun selepas tersebarnya pita video lucah Made In Keratong, pasaran gelap Malaysia digegarkan semula dengan penyebaran pita video lucah Kompleks Peruda pada 1996 (rujuk entri akan datang).
2 comments:
hehehe.. ini kampung aku... tapi aku tak penah pon tengok..
Berita sebenar di salah ertikan..ada yang tuduh kami berdua (saya dan wife) yang buat pita rakaman ni..salah sama sekali. benda ni jadi secara tidak sengaja bila rakaman kami untuk tujuan peribadi jatuh ke tangan pihak lain yang berniat jahat.
Post a Comment