17 June 2011

Rajah ceraian badan jasad Datuk Mazlan yang ditetak (1995)

Kes pembunuhan paling terkenal di Malaysia pada 1990-an ialah kes yang melibatkan geng Mona Fandey yang didapati bersalah membunuh dengan kejam seorang ahli politik bernama Datuk Mazlan. Kes tersebut menjadi perhatian ramai kerana salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah seorang selebriti, iaitu Mona Fandey yang pernah merakamkan sebuah album, dan apa yang lebih menjadikan pembunuhan itu 'hebat' ialah cara bagaimana jasad mangsa cuba dilupuskan. Anggota badan Datuk Mazlan dilaporkan telah ditetak kepada 18 bahagian sebelum ditanam ke dalam sebuah lubang! Pembunuhan itu berlaku pada sekitar Julai 1993 dan perbicaraan terhadap geng Mona Fandey telah berlangsung sehingga awal 1995. Setelah perbicaraan tersebut selesai dan geng Mona Fandey didapati bersalah, laporan mengenai kes tersebut telah disiarkan dengan panjang lebar di dalam akhbar, termasuk gambar rajah yang menunjukkan bahagian di mana anggota badan Datuk Mazlan telah ditetak.

Nota tambahan:
Tidak lama sebelum Datuk Mazlan menjadi mangsa pembunuhan, beliau dan beberapa orang VIP dari Pahang telah diundang untuk turut serta dalam acara tayangan perdana filem Tarik-Tarik pada 1993. Filem arahan M. Jamil itu mengisahkan mengenai seorang bomoh yang berkebolehan 'menarik duit'. Dalam filem itu terdapat adegan yang menunjukkan bomoh itu berjaya 'menarik duit' dan duit muncul dengan banyaknya. Ketika filem Tarik-Tarik sedang ditayangkan kepada umum pada penghujung 1993, M. Jamil telah menceritakan kepada majalah URTV mengenai pertemuannya dengan Datuk Mazlan selepas tayangan perdana tersebut, kata beliau, "arwah (Datuk Mazlan) sempat bercerita dan mengakui memang ada kepercayaan mengenai duit tarik ini"

2 comments:

Mizan Mustapa said...

boleh tau x akhbar apa ni? dan tarikh rujukn dan tajuk artikel..

khys said...

nama akhbar/majalah boleh tengok pada tag di bawah entri, baris yg bertulis "Maklumat berkaitan"

utk entri ni, diambil drp akhbar Harian Metro 10 Februari 1995, tajuk tak ingat, kena check balik.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...