22 January 2011

Koleksi Bersama Selamanya Vol. 2 (2000)

Kartun bersiri Bersama Selamanya adalah sebuah karya oleh kartunis Gayour yang mula disiarkan dalam Majalah Ujang keluaran ke-5 pada 15 April 1994. Buku Koleksi Bersama Selamanya Vol. 1 yang mengandungi siri pertama hingga siri ke-34 telah dipasarkan pada hujung tahun 1996. Buku Vol. 1 tersebut diterbitkan di bawah label "Siri Produksi Ujang" oleh Kharisma Publications Sdn Bhd. Siri kartun Bersama Selamanya pernah disiarkan dalam Majalah Varia Lawak apabila Majalah Ujang dihentikan penerbitannya buat seketika di antara bulan Mac hingga Ogos 1997.

Selepas itu siri kartun Bersama Selamanya yang mempunyai jalan cerita yang begitu panjang ini telah disambung kembali siarannya dalam Majalah Ujang generasi baru. Dalam bulan Disember tahun 2000, buku Koleksi Bersama Selamanya Vol. 2 pula telah diterbitkan. Buku Vol. 2 ini diterbitkan oleh MOY Publications Sdn Bhd, dan ia dipakejkan sekali dengan sebuah album soundtrack (format kaset!) yang juga berjudul Bersama Selamanya. Kaset tersebut mengandungi 10 lagu baru nyanyian kartunis Taugeh termasuk lagu tema Bersama Selamanya ciptaan M. Nasir.

Buku Koleksi Bersama Selamanya Vol. 2 mengandungi siri ke-35 hingga siri ke-84 yang pernah disiarkan dalam Majalah Ujang di antara bulan September 1995 hingga April 1998. Semasa buku Vol. 2 ini dipasarkan, Majalah Ujang sedang menyiarkan kartun Bersama Selamanya siri ke-137! Mungkin ramai pembaca yang tidak sempat mengikuti siri Bersama Selamanya sehingga tamat, kerana selepas hampir 7 tahun berlalu, siri kartun tersebut masih belum mahu ditamatkan. Agak malang juga bagi pengikut siri Bersama Selamanya kerana buku Vol. 3 tidak diterbitkan, dan Gayour juga akhirnya telah berhenti berkarya untuk Majalah Ujang tidak lama kemudian.


6 comments:

Unknown said...

kat mana bole beli koleksi bersama selamanya...... aku hidup dalam blues dan blues untuk aku...

khys said...

ali, kalau buku baru tu mmg dah habis stok la. kalau nak yg second hand, boleh cari kat kedai2 buku terpakai atau mana2 tempat yg ada org jual brg lama. senang cerita, tak boleh jadi pembeli, kena jadi pemburu! baru bulan lepas member aku dpt Ujang isu #1 kat kedai buku lama.

Yob Aidil said...

@ali boleh cari dlm fb nama laiter biru. bulan lepas die ada juei buku BS vol 2. Vol 1 kene rajin2 riki kedai buku lama le hehehe. Harap membantu

Unknown said...

kalau kat kl area mana ada kedai buku lama camtu?

budak gemok said...

mana nk cari majalah nie...sape ade tlg la jual..sekeping 50 pon xpe...huuhuhuh

Erwan DeMaio said...

http://bekazon.com/index.php?route=product/category&path=50 dapatkan di sini ........

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...