Marion Caunter mula dikenali sebagai
pengacara di saluran
8TV melalui rancangan bual bicara pendek berjudul
Quickie. Pada
2009 Marion dipilih untuk menerima anugerah
Hot Chick dalam program
Shout! Awards yang pertama kali diadakan tahun itu. Apabila ditanya mengenai kemenangannya itu dia berkata, "
Saya ingat Fazura yang akan menang pada malam itu. Malah kecantikan Daphne Iking juga tidak boleh dipertikaikan walaupun dia sudah bergelar ibu. Dia tetap hot mama di mata saya. Tetapi mungkin kerana tuah, saya terpilih sebagai pemenang". Apa yang pasti, Marion sememangnya mempunyai peminat yang ramai, kerana pemenang dipilih berdasarkan undian umum yang terbanyak. Dua lagi calon yang dikalahkan oleh Marion dalam kategori tersebut ialah
Marsha (peserta Akademi Fantasia 2005) dan
Andrea Fonseka (pemenang Miss Malaysia-Universe 2004). Selepas kemenangan tersebut, majalah Media Hiburan telah menerbitkan
poster Marion Caunter yang bersaiz 3 muka surat ini.
Pada 16 Disember 2010, Marion yang berusia 30 tahun telah melangsungkan perkahwinan dengan SM Nasaruddin yang berusia 3 tahun lebih muda daripadanya. Marion mengekalkan nama penuh asalnya, Marion Rose Caunter.
Nota tambahan:
Filem pertama lakonan Marion Caunter pada 2009 yang berjudul Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki akhirnya akan ditayangkan dalam tahun 2011.
1 comment:
Marion Caunter Seksi Hot
Post a Comment