Gambar di bawah menunjukkan beberapa pita video lucah yang dirampas oleh pihak polis pada 1996, di antaranya ialah pita video lucah amatur buatan Malaysia yang dikenali sebagai video lucah Kompleks Peruda.
Kompleks Peruda terletak di Alor Setar, Kedah. Pada Julai 1996, pihak polis telah menerima maklumat mengenai pita video lucah Kompleks Peruda, dan mereka pun mula menjalankan siasatan. Menurut laporan akhbar, video lucah tersebut "menunjukkan sepasang remaja Melayu melakukan hubungan seks di dalam bilik kosong di Kompleks Peruda". Pita video lucah Kompleks Peruda itu telah diedarkan dengan meluas dalam pasaran gelap tempatan sehinggakan ia mendapat perhatian daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak mendedahkan tentang video lucah tersebut semasa dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah pada Disember 1996.
13 Jan. 1997 |
Siasatan pihak polis sebelum itu telah membawa kepada penyerbuan sebuah kedai video di Taman Sultan Badlishah, Alor Setar. Sebanyak 4 pita video lucah dirampas dari kedai tersebut, tetapi tiada satu pun daripadanya adalah pita video lucah Kompleks Peruda. Seorang lelaki telah ditahan dalam serbuan itu. Susulan daripada serbuan pertama, pihak polis menyerbu pula sebuah rumah di Taman Jaya berhampiran Jalan Langgar, Alor Setar, dan merampas 15 pita video lucah, 1 daripadanya adalah pita video lucah Kompleks Peruda! Seorang lagi lelaki turut ditahan. Pihak polis juga merampas beberapa alat perakam video.
Kedua-dua lelaki yang ditahan itu akhirnya didakwa di mahkamah atas tuduhan "memiliki pita video lucah". Mereka juga dipercayai terlibat dalam membuat salinan dan mengedar pita video lucah Kompleks Peruda. Pada Januari 1997, pihak polis menyatakan bahawa 2 lelaki lain yang disyaki terlibat dalam merakam video lucah Kompleks Peruda sedang ditahan dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka. Jelas pihak polis lagi, "Pasangan remaja Melayu dalam pita itu juga telah dikenal pasti dan akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah untuk diberi kaunseling".
Nota tambahan:
- Sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila ada pihak yang membuat laporan polis terhadap ADUN yang mendedahkan tentang video lucah Kompleks Peruda semasa dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah. Pihak polis kemudiannya telah melakukan siasatan berasingan terhadap ADUN yang mengaku menonton video lucah tersebut.
- Video lucah Kompleks Peruda tersebar dalam tempoh lebih kurang 2 tahun selepas tersebarnya video lucah Made In Keratong pada 1994.
- Pada 1999, dua tahun selepas selesainya kes pita video lucah Kompleks Peruda, era internet dan video/gambar digital sedang berkembang pesat di Malaysia. Dunia hiburan tempatan ketika itu gempar dengan penyebaran gambar-gambar lucah Linda Elite & Edry KRU melalui internet. Pelbagai pendapat timbul mengenai status ketulenan gambar-gambar tersebut.
1 comment:
Zaman dulu video panas Pon kes polis. Macam curi selipar masjid kena penjara.
Post a Comment