27 January 2011

Miss Malaysia - Cik Putih Naziauddin (1980)



Di atas ialah gambar Cik Putih Naziauddin pada 1980. Beliau pernah memenangi pertandingan Miss Malaysia-World pada 1976, dan merupakan wanita berbangsa Melayu ketiga menerima gelaran tersebut setelah Narimah Mohd Yusoff (1973) dan Fauziah Haron (1975). Cik Putih yang ketika itu merupakan pelajar tahun akhir jurusan perakaunan dari Politeknik Ungku Omar, telah dihadiahkan sebuah kereta berjenama Datsun dan terpilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1976 di Royal Albert Hall, London.

Malangnya penyertaan Cik Putih dalam Miss World tidak sempat untuk dinilai sepenuhnya oleh para pengadil kerana kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menyertai 8 lagi negara lain yang memboikot pertandingan itu kerana ia turut melibatkan penyertaan daripada negara Afrika Selatan yang mengamalkan dasar aparteid. Kerajaan Afrika Selatan ketika itu mendiskriminasi kewujudan orang berkulit hitam hinggakan dalam pertandingan Miss World itu negara tersebut membuat keputusan yang pelik dengan menghantar 2 orang peserta sekaligus, seorang berkulit hitam dan seorang lagi berkulit putih.

Hasil daripada gelaran Miss Malaysia itu juga telah membuka peluang kepada Cik Putih untuk berlakon dalam sebuah iklan. Walau bagaimanapun beliau kurang meminati bidang peragaan atau model lalu memilih untuk bekerja dalam sektor perbankan selaras dengan kelayakan pendidikannya.

4 comments:

Paan Ovrtd said...

bagus la dia tak further modelling. kalau tak, hilang sorang orang bank yang lawa. dah la muka orang2 bank sekarang ni terkemut2 je. marah ke apa tak tau la. lol

Shahrul Yusof said...

Ex-PUO rupanya. Patutla awek-awek Poli Ipoh ni garing-garing belaka, pernah ada Miss Malaysia study kat situ dulu.

Bumi Nan Basah said...

Apa perkembangan dia sekarang?

SIR SUN said...

Hi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...