10 October 2010

Arkib Negara X

Sejak dua hari lepas, blog ini telah direkabentuk semula dengan menampilkan wajah baru. Template asal yang digunakan sejak awal 2009 dulu telah digantikan dengan template baru yang lebih tersusun dan kemas. Namun begitu, tema warna yang agak kekelabuan dulu masih dikekalkan, termasuklah warna imej latar yang digunakan sekarang.

Susun atur tag (Jenis Maklumat) yang sebelum ini semakin memanjang di sebelah kiri juga telah ditukar kedudukannya ke sebelah kanan bagi memberi ruang kepada lebih banyak senarai tahun dan kategori entri yang akan disiarkan pada masa akan datang. Oleh kerana jumlah tag yang telah melebihi 100 kategori, maka pengkelasan tag mengikut tema tertentu telah dilakukan bagi memudahkan rujukan.

Selain itu, perubahan yang agak ketara ialah pada nama blog ini yang kini dikenali sebagai Arkib Negara X (ANX). Walaupun nama asal blog sebelum ini iaitu Arkib Negara tidak mempunyai sebarang percanggahan dengan nama organisasi lain seperti contohnya Arkib Negara Malaysia (kerana blog Arkib Negara mengandungi skop bahan yang tidak hanya terhad berkaitan dengan negara Malaysia sahaja tetapi turut berkaitan dengan negara-negara lain juga), tetapi perubahan nama asal kepada nama Arkib Negara X telah dilakukan bagi mewujudkan satu nama yang lebih menarik perhatian (catchy) dan tidak kelihatan terlalu serius.

Nama Arkib Negara X juga lebih sesuai dengan skop entri blog ini yang memaparkan bahan/berita yang kebanyakannya tidak akan menjadi suatu bahan/berita yang ingin diarkibkan secara rasmi oleh sesebuah negara, dan bahan/berita tersebut juga hanya terhad bermula dari tahun 1970 hingga kini.

Walaupun nama blog ini diubah, tetapi URL masih tetap sama - arkibnegara.blogspot.com

Nota tambahan:
X mewakili sesuatu yang bercanggah daripada kelaziman, sesuatu yang khusus berbeza, macam American History X, macam The X-Files, macam X-rated. Generasi X pula merupakan kumpulan manusia yang membesar dalam dekad 1970-an, manakala semua manusia yang lahir dalam dekad 1970-an tergolong dalam kumpulan Generasi X, golongan yang tidak pernah mengalami zaman getir Perang Dunia, macam saya, macam anda, macam orang lain. X ialah huruf Roman yang mewakili nombor sepuluh, yang merupakan tarikh istimewa hari ini - 10.10.10.

2 comments:

Obefiend Weiland said...

saudara. jika memerlukan bantuan atau bahan bahan extra saya juga mempunyai minat yang sama memgumpul bahan sebegini

pada asalnya ingin buat blog macam ini juga tapi since kamu dah mula dulu might as well tolong menolong.boleh email kepada saya di

obefiend at yahoo dot com

saya banyak majalah dari akhir 90'an. boleh saya share dengan kamu jika mahu

sila hantar email ya. kolaborasi takde hal

tak perlu bayar. hanya nak bantu teman blogger sama minat

khys said...

tq obefiend. itu la, kadang2 kita simpan banyak bahan2 menarik yg kita rasa rugi pulak kalau tak share dengan orang lain. tambah2 lagi, kalau bahan tu belum wujud dlm internet. nanti saya email.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...