12 January 2014

Feri Malaysia (1986)

Feri Malaysia ialah jenama sebuah kapal penumpang yang pernah wujud di Malaysia pada era 1980-an. Nama rasmi kapal tersebut yang didaftarkan di Pelabuhan Klang, Selangor, ialah Cruise Muhibah.


Idea penciptaan Feri Malaysia dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad, pada 1982, iaitu lebih kurang setahun selepas beliau memegang jawatan tersebut. Matlamatnya ialah supaya wujud satu khidmat pengangkutan alternatif bagi "merapatkan hubungan antara penduduk Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak", dan idea itu adalah berdasarkan kepada "kejayaan perkhidmatan feri di negeri-negeri Scandinavia antara Finland, Norway dan Denmark".


Jabatan Perdana Menteri kemudian memilih syarikat perkapalan Perbadanan Nasional Shipping Line Berhad (PNSL) bagi membuat kajian bagaimana idea projek pengangkutan alternatif itu dapat dilaksanakan. Setelah dibuat kajian dan perancangan rapi, pada Jun 1984 PNSL menubuhkan anak syarikatnya yang bernama Syarikat Feri Malaysia Sdn Bhd, bagi melaksanakan projek tersebut. Seorang pakar dari Eropah telah dilantik sebagai Pengurus Besar dan penasihat projek tersebut.


Pada 27 November 1984, laporan lengkap rancangan projek Feri Malaysia telah dikemukakan kepada mesyuarat kabinet dan projek tersebut akhirnya diluluskan oleh jemaah menteri.


Feri Malaysia yang berasal dari Helsinki, Finland, berjaya disiapkan pada 1986. Ia belayar selama sebulan dari Finland sebelum tiba di Pelabuhan Klang pada 6 Ogos 1986. Sultan Pahang kemudian membuat pelancaran rasmi khidmat Feri Malaysia pada 31 Ogos 1986 di Pelabuhan Kuantan, Pahang.

FERI MALAYSIA:

Berat: 7,900 tan
Panjang: 134 meter
Jumlah dek: 7 buah
Muatan penumpang: 600 hingga 650 orang
Muatan kenderaan: 240 buah kereta atau 40 buah lori treler (40 kaki panjang)
Laluan perjalanan: Kuantan (Pahang) - Kuching (Sarawak) - Kota Kinabalu (Sabah)
Tempoh perjalanan: 2 hari (Kuantan ke Kota Kinabalu)

Kemudahan yang disediakan: Restoran, Kafeteria, Kolam Renang, Bar, Disko, Bilik Mesyuarat, Kabin (tempat tidur, maksimum 4 orang dalam seunit), Surau dan lain-lain.
Aktiviti yang disediakan: Untuk kanak-kanak (pertandingan melukis, sukaneka, pakaian beragam dan sebagainya); untuk bersukan (pertandingan tarik tali, pertandingan aerobik dan sebagainya); dan pelbagai aktiviti dalaman seperti menonton video, pertandingan catur/karom/dart/bingo, persembahan tarian kebudayaan (Zapin, Inang, Joget, Sumazau, Dusun dan lain-lain), dan khusus untuk orang Islam diadakan ceramah agama.


Maklumat & gambar Feri Malaysia terdapat dalam Buku Daftar Hari Merdeka '86 (1986) yang diterbitkan oleh kerajaan Malaysia.

Nota tambahan:
  • Filem komedi Mr. Os yang mula ditayangkan pada 25 Jun 1987 merupakan antara bahan rujukan yang merakamkan suasana di atas Feri Malaysia, bermula daripada detik kemasukan watak Mr. Os dan rakan-rakannya ke dalam kapal tersebut, kemudian dipaparkan ruang kabin, kolam renang, disko dan sebagainya. Turut dirakamkan aktiviti para pemuzik yang mempersembahkan sebuah lagu yang senikatanya ada menyebut "Feri Malaysia". Adegan yang mengandungi dialog popular "Tulen bang.." turut berlokasikan Feri Malaysia.
Petikan filem: Perjalanan Mr. Os dari Kuantan ke Kuching dan Kota Kinabalu
  • Beberapa bulan selepas tayangan filem Mr. Os, iaitu pada 18 Oktober 1987, Feri Malaysia telah terbakar! (iaitu pada hari yang sama Prebet Adam mengamuk di Kuala Lumpur, rujuk entri akan datang). Kebakaran Feri Malaysia berlaku pada 2.45 petang ketika ia hampir sampai di Kuantan, iaitu sekitar 5 kilometer dari Pulau Tioman, Pahang. Ruang yang terbakar ialah di kawasan kritikalnya iaitu bilik enjin. Pada ketika itu terdapat seramai 228 orang penumpang di atas Feri Malaysia. Kesemua penumpang tersebut telah diselamatkan dan dibawa ke Pelabuhan Kuantan oleh 2 buah kapal lain yang membawa muatan kargo dan tangki minyak. Kebakaran Feri Malaysia berjaya dipadamkan dalam tempoh hampir 2 jam. Laporan akhbar (NST/19.10.1987) memberitahu bahawa kapal asal itu sudah pun berusia 16 tahun dan ia dibeli bagi dijadikan Feri Malaysia oleh PNSL dengan harga RM23.9 juta.

25 comments:

Kedah News Network said...

2 kali aku naik feri malaysia tahun 1988... Kuching port klang-port klang kuching... Trip kedua tuh seingat aku sambutan 8888 atad feri tuh...8888 maksudnya 8 ogos 1988... Gambar pon ada lgik...

Unknown said...

Pernah naik sekali bersama family, tahun 87 kalau tak silap... Balik ke Kuching selepas menyambut hari raya di semenanjung...

Masa pelancaran feri ni di Kuching, arwah Sudirman pakai baju bendera Malaysia turun dari kapal sambil menyanyi...

Anonymous said...

Mana Kapal ni sekarang ? (bukak entri ni sebab baru lepas tengok citer Mr. Os kat TV3 - 20 April 2014).

Anonymous said...

anon atas adalah bahruddin bekri. sekian.

-zenon

Amilin Hashim said...

saya merupakan anak sulung kepada Kpl (B) Hashim bin Ngah 1049337. Seingat saya, saya pernah menaiki Feri Malaysia ini dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. seronok sangat, walau ingat2 lupa. Angin laut yang mendamaikan menggamit memori zaman kanak- kanak saya. Semoga perkhidmatan seperti ini diadakan lagi pada masa hadapan.

Amilin Hashim said...

Lupa nak cakap tahun ==> 1987 juga :)

Anonymous said...

Mana pegi kapal tu sekrg... Kan best kalau ada lagi...

Norhadip said...

Kapal tu dah terbakar selepas beberapa bulan filem mr. Os ditayangkan.

Norhadip said...

Kapal tu dah terbakar selepas beberapa bulan filem mr. Os ditayangkan

Norhadip said...

Kapal tu dah terbakar selepas beberapa bulan filem mr. Os ditayangkan

Norhadip said...

Kapal tu dah terbakar selepas beberapa bulan filem mr. Os ditayangkan.

Norhadip said...

Kapal tu dah terbakar selepas beberapa bulan filem mr. Os ditayangkan.

Unknown said...

as salam, dalam ruangan nie ada menyebut apsal prebet adam mengamuk di kuala lumpur...boleh saya tahu story tentang prebet adam nie....nak tau sangat sapa prebet adam dan apa masalahnyer yg dia mengamuk tu????from khairy ipoh(herryotai@gmail.com

Adan Seaver said...

Info yang bgus. Kalau ada lg kan bagus... Kapal persiaran identiti Malaysia, mesti ramai mahu naik.

Ajieard said...

Patutnya ia harus di kekalkan supaya mendapat tarikkan pelancongan dunia di atas trademark feri malaysia..sy pernah menaiki nya dahulu sekali semasa saya berusia 12tahun...percutian ke serawak

Amirul Zakri Ismail said...

Setuju

magnett said...

blog ni menarik sangat. sy jumpa secara tak sengaja. sy anak malaysia kelahiran 1990. zaman tu keluarga sy susah. tv,surat khabar, majalah bukan barang murah yang mudah dapat dalam rumah kami. jadi banyak kejadian masa 90an atau sebelumnya yang sangat2 menarik minat saya untuk mengetahui bagaimana lifestyle, suasana, kontroversi atau fakta-fakta menarik orang-orang dulu tahun 70an, 80an, 90an jalani kehidupan. terima kasih tuan blog. teruskan mencari maklumat2 yg seperti khazanah negara ini.

rinie said...

allahuakbar tgh search ttg feri ternmpk plak gambar feri malaysia ni, masa umur 7 tahun 1987 aku naik feri malaysia bersama sepupu n uncle aku untuk photoshoot untuk promosi feri malaysia ni.. kenangan terindah sgt sbb ada secubit penglibatan utk feri yg hebat ini. disebabkan ketika itu aku masih tk tau hal dunia apa yg berlaku bila dh meningkat dewasa uncle aku cerita feri yg besar aku pernah naik untuk buat penggambran iklan tu dh terbakar... sedih plak rasa.

Unknown said...

Sayu.... Terkenang sewaktu kapal feri ni mula d bawa masuk ke malaysia oleh arwah abang ku.

Unknown said...

Kalau ada perkhudmatan sebegini sekarang, baru cun.
Ramai dah rakyat 2 tanah besar semananjung & Borneo dah saling mesra.

Unknown said...

SETUJU SANGAT

Unknown said...

SETUJU SANGAT

Unknown said...

TERBAIK

Syair Sydney said...

Waw... Kapal yang sangat bagus sekali

Forum Syair Sdy said...

Wow, very good article.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...