15 January 2014

Rozita Che Wan - Anugerah Stail EH! (2010)

Pada 2010, Anugerah Stail EH! anjuran majalah EH! yang berkaitan fesyen & gaya hidup telah memberi 3 anugerah kepada pelakon & model, Rozita Che Wan. Anugerah tersebut ialah hasil undian orang ramai. Rozita yang berusia 38 tahun dianugerahkan sebagai Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik, menewaskan calon-calon lain yang lebih muda iaitu Fouziah Gous, Maya Karin, Fasha Sandha & Kat Mentor. Rozita juga dianugerahkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi, menewaskan Tiz Zaqyah, Jue Aziz, Alyah & Daphne Iking. Selain itu, anugerah utama iaitu Anugerah Stail EH! 2010 juga menjadi milik Rozita.

2 comments:

Anonymous said...

Saya teringat Kak Ta ada muncul sebagai "COVER PHOTO PERSONALITY" dalam Majalah Jelita terbitan pertengahan tahun 1994!!! Memang seksi yang amat sampai baju kebaya yang dipakai oleh beliau nampak "gaung" lah. Cukup menggiurkan.

Tahun selepasnya pulak yakni 1995, giliran Ms. Malaysia 1994, Rahimah Oshin Yahya pulak menjadi "Cover Photo Personality". Gadis sunti kelahiran Negeri di Bawah Bayu ini turut berjaya ditemuramah oleh pihak Jelita dan menceritakan pengalaman beliau yang berjaya menjadi antara peserta berjaya ke peringkat separuh akhir Ms Universe yang dilakukan di Afrika Selatan (kalau tak salah saya) pada masa itu.

Acid Bennington said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...