31 July 2012

Majalah Saga (1988)

Seperti yang tertulis pada muka hadapan majalah ini, Saga ialah "majalah EON eksklusif untuk pemilik Proton Saga". Majalah Saga pertama kali diterbitkan pada September 1987 oleh Daniel J. Edelman Sdn Bhd bagi pihak Edaran Otomobil Nasional Sdn Bhd (EON). Majalah dwi-bahasa (Melayu & Inggeris) ini diterbitkan setiap 3 bulan sekali iaitu pada Mac, Jun, September dan Disember, dan ia diedarkan secara percuma untuk pemilik kereta Proton Saga sahaja.

Walau bagaimanapun pada Jun 1988 majalah Saga melaporkan bahawa "EON membuat keputusan untuk menjualnya kepada orang ramai kerana sejak dilancarkan dalam bulan September tahun lalu, ia menerima banyak pertanyaan dari mereka yang berminat untuk melanggannya". Bermula bulan tersebut majalah Saga boleh dibeli dari semua cawangan EON di seluruh Malaysia dengan harga $2.50 senaskah untuk bukan pemilik kereta Proton Saga. Pada Jun 1988 jumlah pemilik kereta Proton Saga sejak ia mula dikeluarkan pada 1985 dilaporkan telah mencecah 70,000 orang, iaitu jumlah yang sama bagi pengedaran majalah ini.

Daripada segi isi kandungan, majalah Saga lebih menekankan kepada maklumat gaya hidup & kesihatan serta mempromosikan budaya & lokasi Malaysia (atau negara serantau) selain menyiarkan sedikit ruangan khusus mengenai kereta. Fokus majalah ini boleh dilihat melalui paparan gambar pada kulit hadapannya, misalnya gambaran kehidupan di Pantai Timur, kesenian Indonesia, keaslian Langkawi dan sebagainya. Ruangan lain yang terdapat dalam majalah ini ialah seperti EON Semasa (berita), Klinik Saga (penjagaan kereta), Gambaran (foto menarik) dan Muzik Untuk Saga (ulasan album/kaset).

2 comments:

nikths said...

Pengeluaran majalah SAGA ini dah tiada bersamaan dengan kepupusan perlahan2 kereta Proton Saga asal dengan penggantian SAGA BLM.Sedikit masa nanti majalah ini akan jadi sejarah dan berkesinambungan dengan kewujudan kereta pertama Malaysia.Kedua2nya akan jadi barang antik dan 'rare'.

khys said...

thanks.

Proton Saga walau dpt byk kritikan tapi boleh diiktiraf sbg ikon M'sia.

ANX akan cuba masukkan entri2 lain berkaitan Proton yg dirasakan menarik.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...