23 December 2011

Susu Mokhtar Dahari (1983)

Sebagai seorang selebriti terkenal, mengiklankan jenama atau barangan jualan adalah antara tugas-tugas khas yang sering ditawarkan kepada mereka. Bagi selebriti sukan, apa yang mereka makan tentu orang lain ingin makan, dan apa yang mereka minum tentu menyihatkan dan memberi tenaga dalam bersukan.

Pemain bolasepak legenda, Mohktar Dahari, mencapai kemuncak popularitinya pada 1983 apabila dijemput berlakon watak istimewa dalam filem Mekanik. Ramai orang berpusu-pusu mahu melihat Mokhtar muncul di layar perak. Selain itu pada tahun yang sama Mokhtar turut dipilih untuk mengiklankan sejenis barangan, iaitu susu!

Susu berjenama Frisiana - "Susu tepung penuh krim", "Khasiat dari Holland", "Baik untuk yang sedang membesar. Baik untuk dewasa"

2 comments:

Unknown said...

ramai eyh yg dtg nonton filem 'Mekanik' tu sbb nk tgk Allahyarham SuperMokh berlakon? Alaa...sekejap je pun babak dia. Haisshhhh.

khys said...

masa filem tu keluar tak tau pun mokhtar muncul sekejap je. ingatkan dia berlakon byk, itu yg ramai teruja nak tgk

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...