10 December 2011

Bohsia Reggae (1995)

Sekitar 1994, gelaran Bohsia mula diperkatakan apabila membicarakan tentang masalah sosial remaja perempuan yang sedang berleluasa di Malaysia. Bohsia ialah "gelaran remaja perempuan yang suka berpelesiran, berfoya-foya, melepak, dan sering terlibat dalam kegiatan maksiat" (Kamus Dewan, 2007). Akhbar Harian Metro ketika itu pantas mempergunakan isu tersebut dengan menyiarkan bersiri-siri laporan khas mengenai Bohsia sehingga berjaya mempopularkan gelaran tersebut melalui tajuk-tajuk besar di muka hadapan akhbar itu. Walau bagaimanapun, arena filem tempatan ketika itu dilihat tidak cuba untuk mengangkat isu Bohsia tersebut ke dalam filem, kemungkinan besar kerana masalah berkaitan dengan penapisan filem yang masih hangat apabila filem seperti Perempuan, Isteri dan Jalang (1993) serta Amok (1995) telah menjadi mangsa sekatan. Apabila sistem klasifikasi filem mula diperkenalkan pada 1996, sebuah filem berjudul Litar Kasih yang cuba menyentuh sedikit isu Bohsia (kisah gadis pelajar yang terlibat dengan kegiatan mat motor, di mana istilah rempit belum wujud ketika itu) telah diterbitkan dengan diberi klasifikasi 18SX. Selepas itu tiada lagi filem yang memfokuskan kepada isu Bohsia dihasilkan sehinggalah akhirnya pada 2009 sebuah filem berjudul Bohsia berjaya diterbitkan dengan diberi klasifikasi 18PL.

Berlainan pula dengan arena muzik tempatan yang dilihat mendahului filem dalam mengangkat gelaran Bohsia ke dalam arena hiburan. Tanpa menunggu lama, pada 1995 seorang penyanyi baru bernama Shajiry terus muncul bersama albumnya yang berjudul agak lawak (tetapi serius) iaitu Bohsia Reggae! Agak jarang sesuatu gelaran negatif mahu diangkat sebagai judul lagu mahu pun judul album. Tetapi tidak bagi Bohsia, di mana melalui album tersebut Bohsia telah dijadikan seakan label penting untuk menarik perhatian para pendengar lagu mahu pun pembeli album. Album Bohsia Reggae mungkin tidak tercatat dalam sejarah muzik tempatan sebagai album terlaris jualannya seperti yang diharapkan, tetapi Bohsia Reggae tetap menjadi judul album tempatan paling kewl dan bahan ketawa para peminat muzik reggae di seluruh Malaysia.

4 comments:

Zaim WM said...

Tahun 2001/2002, beliau ada berlakun dalam drama kepolisan bertajuk PERONDA 31023 bersama Dalip Singh, Yang Kassim, Zuraini Kassim, dan sebagainya. Drama ini mengisahkan perit jerih Pasukan Peronda Lebuh Raya yang bertugas di sekitar Lebuh Raya PLUS, ELITE, dan NKVE di Lembah Klang. Drama ini ditayangkan pada tahun 2004 di TV1, Saluran Infortainmen Anda.

Tahun 2005, beliau mula berlakun dalam Drama 'Nur' di Astro Ria. Drama ini mengisahkan Nur, seorang gadis kampung yang telah hanyut dalam arus noda kota raya. Selain Shahjery Damiry, drama ini dibintangi oleh Nasreen Ngasari (Darling), S Sahlan, Almarhumah Maimunah Talib, Almarhum Izi Yahya, Fara Fauzana, Enot, Nasriah Ngasari (Anne), dan sebagainya. Lagu tema drama ini ialah lagu dendangan Nasser Wahab (tidak ana ingat apa tajuk lagunya).

Tidak salah ana, Shajiry ni pernah menjadi juruhebah (DJ) di Suria.Fm pada akhir 2000-an/awal 2010-an yang lampau! Beliau mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya yang berasal dari Buntong, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada sekitar 2013.

khys said...

Terima kasih

Anonymous said...

Lagu asal diambil dari lagu Bad Boys - Bob Marley

Bad boys, bad boys whatcha gonna do?
Whatcha gonna do when they come for you?

Grosir de Nature said...

de nature bohong

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...