04 February 2009

Jenaka Hang Setia (1988)

Disiarkan oleh RTM1 setiap Selasa jam 9.30 malam. Konsep sitkom (komedi situasi) yang dirakamkan dalam studio ini sebenarnya masih lagi digunakan oleh RTM (contohnya Salam Pantai Timur), namun pada 1988 mungkin penonton tidak banyak pilihan (selain daripada TV3 yang masih tidak menyeluruh siarannya di Malaysia) dan tentu ramai yang masih ingat pada siri Jenaka Hang Setia yang sangat membosankan ini. Tetapi untuk meneruskan konsep sebegini pada masa sekarang adalah sesuatu yang ketinggalan zaman.

Jenaka Hang Setia menceritakan tentang kehidupan di sebuah kampung pada zaman kesultanan Melayu dulu-dulu dengan watak-watak bernama Sang Samba, Sang Gopoh, Dang Damai, Hang Utama dan Hang Setia. Pelakon-pelakonnya semua dianggap pelawak terkenal ketika itu seperti Hamid Gurkha, R. Jaafar, Norlia Ghani, Rominah Sidek dan turut serta P. Param dan Tan Ting untuk menghidupkan suasana muhibbah ala RTM.

2 comments:

virtuoso said...

rancangan ni lepas Pi Mai Pi Mai Tangtu.. semua pelawak mmg terbaek tapi sayang rancangan ni kurang lawak

Faudzan said...

Sitcom paling melekat dekat pala otak aku ialah cerita Gado-Gado tak pasti dari tv mana, mungkin RTM. Scene diorang ajuk iklan Perilly's paling diingati.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...