03 June 2012

Poster Hannah Tan ditapis (2008)

Poster Hannah Tan 'threesome' ini disiarkan di mukasurat tengah majalah Media Hiburan keluaran Ogos 2008. Hannah Tan ialah seorang pelakon dan penyanyi yang pernah memenangi gelaran Wanita Malaysia Paling Seksi 2006. Gambar Hannah Tan dalam poster majalah berbahasa Melayu ini tidaklah seseksi gambar-gambarnya dalam beberapa penerbitan berbahasa Inggeris yang lain. Tetapi percaya atau tidak, gambar dalam poster ini sebenarnya telah disunting atau ditapis.

Teknik penyuntingan gambar menggunakan kaedah klon sememangnya agak sukar dikesan apabila ia dipandang seimbas lalu. Jadi bagaimanakah pembaca boleh mengetahui bahawa gambar dalam poster ini telah ditapis? Dalam kes ini tidak susah sebenarnya, kerana gambar Hannah Tan yang tidak ditapis ada disiarkan di mukasurat lain yang memuatkan artikel Hannah Tan! Setelah dibandingkan kedua-dua gambar tersebut, terbuktilah bahawa bahagian yang ditapis dalam gambar poster ini ialah kawasan dada Hannah Tan. Tidak, bukan lurahnya, tetapi loket rantai Hannah Tan yang berbentuk salib telah dipadam!

Adakah imej salib di dalam majalah berbahasa Melayu tidak dibenarkan? Sudah tentu tidak, kerana ia boleh disiarkan di ruangan artikel Hannah Tan. Jadi apakah rasionalnya di sebalik penggunaan dwi standard dalam penyiaran gambar-gambar Hannah Tan ini? Apa yang boleh difikirkan ialah tentang fungsi poster berbanding ruangan artikel, di mana poster biasanya dihasilkan untuk dilekatkan di dinding, manakala ruangan artikel jarang diperlakukan sedemikian. Mungkin dengan pemadaman imej salib pada poster ini akan membuatkan sasaran pembaca majalah ini - yang kebanyakannya orang Melayu - tidak merasa ragu-ragu untuk melekatkan poster ini di dinding masing-masing. Tidak mengapalah dengan pakaian gaun putih Hannah Tan itu, ia tidak sedikit pun menggugat keimanan.



4 comments:

TIGA MINIT said...

rasanya kini xda dah kot

jojoba said...

kerja bodoh la korang!! kalau iman korang kuat, tak lah korang convert agama. yang korang terhegeh-hegeh cara saudara baru apehal?? cukup dengan perangai budak melayu macam sial, korang nak tarik bangsa lain jadi mualaf. ajar anak-anak korang dulu jadi baik & pergi solat jumaat tiap minggu,

Matt Zaem said...

ang pasaipa jojoba?gila babi?

Lucy Saputri said...

gambar bogel hana

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...