03 November 2010

Koleksi Kartini (1998)

ISBN 983-2013-01-1
Cetakan Pertama 1998

Koleksi Kartini diterbitkan oleh Multi Triple Vision Sdn Bhd, iaitu penerbit majalah Varia Lawak & Lanun. Kartun bersiri Kartini mula disiarkan dalam majalah Varia Lawak keluaran ke-5 (15 Jun 1997) dan seterusnya bersambung ke dalam majalah Lanun. Kartun dalam genre drama komedi ini adalah berdasarkan kisah benar pengalaman hidup kartunis Tembakau, dan ia disiarkan sebanyak 16 siri dan berakhir dalam majalah Lanun keluaran ke-20 (15 Februari 1998)

Penerbitan buku Koleksi Kartini ini membuktikan kuatnya pengaruh dan populariti kartun ini, malah nama Kartini mampu menjadi ikon kepada watak kartun gadis bertudung yang sebelum itu tidak pernah diketengahkan secara meluas. Populariti watak Kartini tidak berhenti selepas terbitnya buku koleksi ini tetapi diteruskan dengan penerbitan kartun animasi Kartini (2004) dan kemudiannya buku komik Kartini Kembali (2006)

Dalam buku Koleksi Kartini ini, kartunis Tembakau telah menceritakan sedikit sejarah panjang kartun ini yang sebenarnya mula diilhamkan oleh beliau pada 1988! Kata Tembakau: "10 tahun dulu, aku berangan nak buat satu cerita tentang catatan sepanjang tempoh aku berkawan dengan Kartini. Aku dah kumpul cerita tu sampai 80 muka (lebih kurang). Tahun 1990, aku tunjuk artwork aku tu kat kartunis Aman. Dia kata cerita aku tu terlalu jujur (kena rejek le tu). Aku give-up nak buat kartun lagi"

Selain itu, kartunis Tembakau juga menunjukkan sedikit lukisan kartun Kartini versi asal yang telah disiapkannya pada 27 Oktober 1988, di mana terdapat tulisan tangan asal Kartini yang tercatat pada bahagian bawah lukisan tersebut, membuktikan bahawa watak Kartini sememangnya benar-benar wujud.

Secara ringkasnya, cerita Kartini adalah mengenai zaman remaja watak Yon (tingkatan 3) di sebuah sekolah asrama di negeri Perak pada tahun 1988 di mana dia berkenalan dengan seorang pelajar junior (tingkatan 1) bernama Kartini. Hubungan mereka terputus setelah Yon tamat peperiksaan SPM, dan 4 tahun kemudian Kartini muncul semula dalam hidup Yon, tetapi semuanya telah berubah termasuk penampilan Kartini yang begitu jauh berbeza.

Satu lagi kandungan eksklusif dalam buku Koleksi Kartini yang tidak ditunjukkan semasa terbitan dalam majalah Lanun ialah gambar sebenar Kartini ketika zaman persekolahan yang disiarkan pada muka surat akhir buku ini.

5 comments:

  1. paling wa fev dulu time skool.

    ReplyDelete
  2. sanggup tunggu keluaran baru (majalah ujang dan lanun) semata2 nak baca hasil nukilan tembakau ms dlu.

    ReplyDelete
  3. Mana nak cari ye komik kartini ni lagi?

    ReplyDelete
  4. koleksi kartini ni blh dibeli kat bookcafe.com.my tp cover buku dh dtukar. 2 3 istilah pn ada yg ditukar mcm hemat botak -> imam murtad, bermakna -> bil makna(?)....
    dl sye ada buku kartini tp dh ilang. beli smpai 2 3 kli pn ilang lg. simpan dlm peti bkunci blh tkopak peti tu, ilang buku tu...rmai kwn2 skolh sye yg ada buku kartini mcm sye pn senasib dgn sye...hebat jgk pengaruh kartini dl ek? tp skg sejak dh beli dua koleksi refurbished ni x ilang plk...

    ReplyDelete