Dalam bulan Mac 1998, kumpulan Elite telah mengeluarkan album kedua mereka yang berjudul Tamparan. Terdapat beberapa lagu popular dalam album tersebut, antaranya ialah Tamparan Wanita, Sesuatu Di Dalam Dirimu & Trauma. Kumpulan KRU sebagai pencipta lagu-lagu kumpulan Elite turut menghasilkan sebuah lagu yang menyentuh isu gay.
Lagu yang diberi judul Dirinya Dirimu Diriku itu berkisarkan tentang konflik percintaan seorang wanita apabila dia mendapat tahu rahsia bahawa teman lelakinya turut mempunyai hubungan percintaan dengan seorang lelaki lain. Senikata lagu itu menyarankan bahawa teman lelaki si wanita itu sekadar berpura-pura mencintai si wanita demi untuk mengaburi mata orang ramai daripada mengetahui bahawa dia sebenarnya adalah gay. Baris akhir senikata itu menyimpulkan bahawa motif penipuan si lelaki itu ialah kerana untuk menjaga statusnya yang berkemungkinan merupakan seorang yang ternama.
DIRINYA DIRIMU DIRIKU
(pencipta lagu & penulis senikata: KRU - Norman, Yusry & Edry)
Desas desus ku diberitahu
Apa berlaku di belakangku
Memang percaya memangnya benar
Tiada angin pohon tak bergoyang
Kini terjadi tidak dinafi
Mata sendiri menjadi saksi
Jangan kau tentang yang jelas terang
Cinta kau songsang hina dan curang
Dirinya dirimu diriku
Katakan padaku betapa malu
Dirinya dirimu diriku
Katakan saja rahsia dirimu
(Katakan saja rahsia hidupmu)
Apakah kau sangka ku boneka
Diam memejam mata
Maaf salah masa salah wanita untuk kau dusta
Kau bukan lelaki sebenar
Cukuplah sudah segala helah
Aku perintah berpaling arah
Tidak ku mahu lagi bertemu
Diriku malu apa berlaku
Cuba sedarlah cinta kau dosa
Dan sampai bila tidak ke mana
Guna wanita untuk mengabur mata
Berpura-pura status dijaga
Nota tambahan:
- Suatu kebetulan yang menarik ialah, apabila album kumpulan Elite, Tamparan, dikeluarkan dalam bulan Mac 1998, pada bulan itu jugalah keluarnya album To'ki yang mengandungi lagu Joget Menyanyi yang senikatanya juga turut menyentuh isu gay.
- Lebih kurang sebulan selepas keluarnya album Tamparan, kumpulan Elite telah dilanda masalah apabila salah seorang anggotanya, Abby Elite, telah digantung keahlian kerana "masalah disiplin" (menurut kenyataan pihak pengurusan kumpulan Elite). Setelah digantung keahlian sehingga Jun 1998, Abby Elite & pihak pengurusan kumpulan Elite masih tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut sehingga menyebabkan Abby Elite terpaksa disingkirkan. Abby yang tidak lagi dibenarkan menggunakan nama gelaran Elite selepas itu telah menukarkan namanya kepada Abby Abadi.
- Setahun selepas keluarnya album Tamparan, kumpulan Elite dilanda kontroversi apabila gambar lucah Linda Elite (yang dikatakan palsu) telah tersebar dalam internet pada Mac 1999, manakala pada lewat tahun yang sama Watie Elite telah mengaku bersalah di mahkamah atas dakwaan memandu kereta dalam keadaan mabuk. Sebagai hukuman tambahan, lagu-lagu kumpulan Elite kemudiannya telah diharamkan siarannya oleh stesen penyiaran RTM (rujuk entri-entri akan datang).
No comments:
Post a Comment