Pada 2 Januari 1992, pihak berkuasa Singapura mula mengharamkan 'chewing gum' (gula-gula getah) di negara tersebut. Pengharaman itu merangkumi perbuatan memakan 'chewing gum' dan juga proses menjual atau membeli 'makanan' tersebut. Pihak berkuasa menyifatkan 'chewing gum' sebagai perosak kemudahan awam, di mana sisa 'makanan' itu sering dibuang atau dilekatkan di merata-rata tempat misalnya pada kerusi di dalam keretapi atau bas, di dalam lif, di tempat pejalan kaki, serta di pelbagai tempat atau pada benda awam lain.
Menurut kajian sebelum itu, secara purata sebanyak 400 gumpalan sisa 'chewing gum' terpaksa dibersihkan daripada kerusi di dalam lebih kurang 60 buah tren MRT pada setiap malam, dan kerja-kerja tambahan itu telah melibatkan kenaikan kos penyelenggaraan. Banyak pihak bersetuju dengan pengharaman tersebut, tetapi ada juga pihak yang berpendapat bahawa sekatan secara langsung sebegitu tidak akan mendidik orang ramai untuk memperbaiki sikap buruk masing-masing.
Menjelang hari pengharaman 'chewing gum' pada awal 1992, para peniaga di Singapura telah berusaha untuk menghabiskan stok 'chewing gum' masing-masing dengan menjualnya pada harga yang murah.

Nota tambahan:
- Pada 2002, 'chewing gum' yang telah di-preskripsi oleh doktor untuk tujuan perubatan mula dibenarkan penggunaannya di Singapura.
- Pada 2004 pula, sejenis 'chewing gum' yang dikhususkan sebagai pengganti nikotin ("nicotine-replacement", "sugarless, medicinal gum") mula dijual secara terbuka di Singapura, di mana orang ramai boleh membelinya tanpa mendapat preskripsi oleh doktor terlebih dahulu.
Trivia:
Ini ialah entri yang ke-200.
No comments:
Post a Comment