01 December 2010

Amy Mastura sewaktu kecil (1975)



Amy Mastura dilahirkan pada 10 Mei 1971. Beliau mula menunjukkan bakat sebagai penyanyi sejak zaman kanak-kanak lagi. Pada 1993 ketika berusia 22 tahun beliau menjadi penyanyi Malaysia pertama yang memenangi pertandingan nyanyian Asia Bagus di Jepun. Syarikat rakaman yang berasal dari Jepun, Pony Canyon cawangan Malaysia telah menerbitkan album pertama beliau pada 1994. Pada 1995, beliau dipilih sebagai pelakon utama dalam filem pertama lakonannya yang berjudul KLU. Populariti Amy Mastura ketika itu melayakkannya untuk merakamkan sebuah lagu duet berjudul The Best Part bersama penyanyi antarabangsa yang terkenal iaitu Tommy Page pada 1996. Selain itu, filem ke empat lakonannya pada 1997 iaitu Puteri Impian telah melayakkannya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia. Kini Amy Mastura agak kurang menyerlah dalam bidang nyanyian, tetapi tahun 2010 menyaksikan 3 buah filem lakonannya ditayangkan di pawagam, iaitu Hooperz, Aku Tak Bodoh & Damping Malam.


2 comments:

  1. amy mastura seorang artis yang sangat low profil, bebas dari gosip liar.

    harap kerjaya amy mastura terus bersinar.

    btw. amy mastura sangat comel masa kecil! hehe

    ReplyDelete
  2. MINAT NGN AMY SEJAK KECIL WLPUN SY DTG DR GENRASI SLPS DIA TP STILL LAYAN SUME FILEM2 DIA... BEST!!!

    ReplyDelete