Majalah Ujang pertama kali dikeluarkan pada 1 Januari 1994. Majalah kartun dan humor ini pada mulanya dikeluarkan hanya sekali dalam sebulan. Setelah 4 keluaran bulanan berjaya diterbitkan dan mendapat sambutan hebat, majalah Ujang mula dikeluarkan sebanyak 2 kali dalam sebulan pula. Majalah Ujang merupakan kesinambungan daripada kejayaan beberapa buah majalah kartun tempatan lain yang dipelopori dalam dekad 1970-an dan 1980-an, seperti majalah Gila-Gila, Gelihati dan Batu Api. Majalah Ujang menggunakan nama salah seorang kartunis tempatan paling terkenal iaitu Ujang. Kartunis Ujang mula terkenal ketika beliau berkarya dalam majalah Gila-Gila di mana beliau mencipta fenomenanya yang tersendiri ketika itu (dekad 1980-an) dengan menghasilkan beberapa karya popular seperti Aku Budak Minang, Aca, Atuk, Intelligent Blues Club dan Jibam. Keinginan kartunis Ujang untuk mencurahkan sepenuh ideanya dalam penerbitan majalah Gila-Gila pada awal dekad 1990-an tidak kesampaian lantas memaksa beliau menubuhkan Kharisma Publications Sdn Bhd pada 12 Oktober 1993 bagi menerbitkan Majalah Ujang.
Dalam ruangan editorial Majalah Ujang keluaran ke-5 (15 April 1994) seperti dalam gambar di atas, kartunis Ujang menulis: "Mula-mula aku handle produksi satu majalah humor sebelum UJANG ini, aku cuba menjadikannya majalah yang terkelakar dan menghiburkan. Tetapi mendapat tentangan dari editor dan pihak atasan dengan alasan konsep dan format yang aku buat tu nampak bodoh. Kononnya kita mesti nampak elit, kita mesti carry moral, mesti ada unsur-unsur educational dan macam-macam lagi. Merapu-merapu ni tak main, malu pada golongan cerdik-pandai. Maka sering le berselisih sehingga aku naik boring. Maka aku pun angkat kaki dan menerbitkan sendiri majalah yang benar-benar memberi kepuasan kepada diri aku sendiri dan pembaca semua. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku tengok majalah tu pun dah berubah mengikut rentak UJANG dan begitu juga majalah-majalah humor lain. Kita dah boleh jumpa Pujaan Sirap (lagu-lagu merapu) di dalam majalah dia orang, kita dah boleh tengok pantun-pantun gila dalam column dia orang dan banyak lagi. Secara tak langsung dia orang telah mengiktirafkan UJANG sebagai market-leader"
Majalah Ujang pada mulanya berharga RM2.20 dan menggunakan slogan "Majalah Lawak Antarabangsa", manakala maskot majalah ini ialah watak lelaki kurang siuman yang dinamakan Din Beramboi. Selain watak Din Beramboi, Majalah Ujang juga terkenal dengan kartun bersiri Abe (karya Ujang, lukisan Aie) & Bersama Selamanya (karya & lukisan Gayour), dan juga novel bersiri Aku Hidup Dalam Blues (tulisan Toyon). Bahagian tengah Majalah Ujang yang dinamakan Varia Lawak menampilkan ruangan humor berkaitan dunia hiburan tempatan dan antarabangsa, serta pelbagai ruangan penulisan kreatif. Beberapa keluaran awal Majalah Ujang juga menampilkan penulis undangan seperti Ahadiat Akashah & Ras Adiba Radzi.
Dalam tempoh 3 tahun pertama kewujudan Majalah Ujang, tidak dapat dinafikan bahawa majalah ini berjaya menempa nama sebagai majalah kartun tempatan paling popular. Pelbagai barangan koleksi cenderamata Din Beramboi telah dihasilkan, termasuk 2 buah rakaman album komedi dalam bentuk kaset yang berjudul Radio 9 (1994) dan Live In Seremban (1995). Selain itu buku-buku kompilasi kartun Abe (1995) dan Bersama Selamanya Vol.1 (1996) juga turut diterbitkan. Malah watak kartun Usop Sontorian karya kartunis Ujang juga berjaya dihasilkan dalam bentuk animasi bersiri pada 1994 dan disiarkan oleh stesen TV tempatan tidak lama kemudian. Pada 1996 Kharisma Publications mula menerbitkan majalah Usop Sontorian khas untuk pembaca kanak-kanak dan pengikut siri TVnya. Dalam Majalah Ujang keluaran ke-70 (1 Januari 1997) sempena ulangtahun ke-3, ruangan Buletin Beramboi melaporkan bahawa Majalah Ujang berjaya mengekalkan jualan tertinggi sebanyak 360,000 naskah sebulan!
Di sebalik kejayaan yang dicapai, tanpa disangka-sangka oleh ribuan para peminat dan pembaca, Majalah Ujang keluaran ke-74 (1 Mac 1997) adalah merupakan keluaran terakhir Majalah Ujang! Selama 5 bulan berikutnya, Majalah Ujang 'hilang' daripada pasaran tanpa sebab yang pasti. Situasi tersebut menimbulkan keresahan dan tanda tanya di kalangan para peminat kartun tempatan. Tambahan pula ketika itu muncul sebuah majalah kartun lain yang hampir serupa dengan Majalah Ujang tetapi menggunakan nama Varia Lawak! (nama yang sama seperti segmen hiburan dalam bahagian tengah Majalah Ujang)
Akhirnya pada 1 Ogos 1997, Majalah Ujang kembali diterbitkan dengan keluaran yang ke-75, tetapi dengan beberapa perubahan, terutama sekali yang paling ketara ialah ketiadaan kartunis Ujang di dalam majalah yang menggunakan namanya sendiri! Selain itu novel bersiri Aku Hidup Dalam Blues juga dihentikan penyiarannya dengan tanpa kesudahan. Tiga bulan kemudian, Majalah Ujang telah menghentikan penggunaan nama maskotnya iaitu Din Beramboi, lalu digantikan dengan nama Pak Cik Din (maskot masih sama). Maka, bermulalah era baru Majalah "Ujang"
Mulai 1 Mac 1998, Majalah Ujang tidak lagi diterbitkan oleh Kharisma Publications apabila Pengarah Urusan yang baru iaitu Md. Othman Yusof (MOY) menukarkan nama syarikat penerbitan itu kepada nama MOY Publications Sdn Bhd.
Iklan keluaran pertama Majalah Ujang dalam surat khabar pada awal Januari 1994:
Utusan Malaysia (kiri) & Harian Metro (kanan)
24 comments:
byk info yg salah nih.... penubuhan Kharisma publication, kelahiran usop sontorian. banyak lagi info yg tak lengkap dan akan menyebabkan kekeliruan masyarakat yang sudah pun keliru.
usop: terima kasih kerana komen.
semua maklumat dalam entri ini adalah berdasarkan kepada apa yang tertulis dalam majalah-majalah Ujang sahaja. tiada rujukan kepada bahan2 lain terutama sekali kepada wikipedia atau pun laman web/blog/forum lain.
entri ini tidak bertujuan untuk menjadi lengkap, ia sekadar pandangan dari satu sudut dan satu sumber saja, iaitu majalah Ujang. saya serahkan kepada orang lain untuk mencantumkan puzzle Ujang ini bagi mendapatkan gambaran yang selengkapnya.
ZUNAR: Tak adil Ujang tidak dibenar menggunakan nama beliau
Sejak meninggalkan Creative Enterprise, penerbit majalah Gila-Gila kira-kira 15 tahun lalu, saya dan Ujang tidak pernah bertemu sehinggalah di Pesta Buku di PWTC Ahad lepas (28 Mac 2010).
Selama tempoh itu, Ujang mengalami jatuh bangun dalam kerjayanya sebagai seorang katunis terkenal. Setelah keluar dari Gila-Gila, beliau menyertai MOY yang dimiliki oleh Md.Othman Yusof yang menerbitkan majalah kartun UJANG. Kemudian keluar dari syarikat itu setelah berselisih faham dengan Md.Othman.
Ketika Ujang bersama MOY, nama UJANG yang digunakan oleh syarikat itu di kepala majalahnya telah didaftarkan oleh MOY. Akibatnya, melalui tindakan mahkamah, setelah keluar dari MOY, Ujang tidak boleh lagi menggunakan nama “Ujang” dalam lukisan kartunnya–yang merupakan nama pena beliau sendiri!
Dalam pertemuan di PWTC itu antara lain saya bertanya mengenai isu tersebut. Beliau menceritakan bagaimana beliau menerima puluhan saman dan injuksi mahkamah dari Md.Othman menghalang beliau menggunakan nama itu.
Saya tidak mahu mengulas sebarang masalah beliau sama ada dengan Creative Enterprise atau MOY mengenai hak cipta kerana ia adalah masalah Ujang dengan syarikat-syarikat itu.
Sementara saya akur mengenai hakcipta yang didaftar oleh syarikat, tetapi adalah sesuatu ketidakadilan sekiranya seseorang katunis dilarang menggunakan ‘nama pena’ sendiri.
Ujang menggunakan nama pena tersebut sejak 20 tahun lalu, lama sebelum beliau menyertai MOY. Saya rasa Md.Othman (sekarang Adun Umno Kukup, Johor), disamping menjaga kepentingan syarikatnya, tidak berhak menghalang seseorang kartunis menggunakan nama pena dalam karya atau pernerbitan lain.
Ia bertentangan dengan prinsip akta hakcipta sejagat.
Kes Ujang dalam konteks ini adalah masalah bersama yang patut mendapat perhatian setiap kartunis. Saya menggesa persatuan kartunis seperti Pekartun dan Pekomik membuat pendirian yang jelas.
Saya juga menggesa Ujang tidak hanya bersifat defensif menepis saman dari Md.Othman, tetapi sudah sampai masanya beliau melancarkan tindakan mahkamah terhadap bekas majikannya itu untuk mendapatkan kembali hak nama pena beliau. Saya percaya beliau mempunyai kes yang kuat dari segi undang-undang.
Setuju dengan pandangan nama aku din di atas. Ujang teraniaya dan perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas Md Othman Yusof.
lawan ngn org ada duit mgkin pyh ckit..cmfom dia suap kat lowyar kaw2 pnya..
Lawan dgn Org Umno plak tu... meh join PKR lawan Umno, biar semua org tahu siapa itu MOY.
Majalah ni memang lejen. Best baca buku ni kalau ada masa lapang
Ahli politik ni xtau apa2 pasal nama pena, dia tau untung dia je dan ingat dia ada power control undang2. Tp ikut undang2 ini, undang2 itu tulisan je, tuli dan takde akal dan dikawal oleh orang yang berkepentingan sahaja. Compare dengan rakyat yg lebih tahu siapa pemilik sebenar Ujang.
Assalamualaikum.... Blh bagi info pasal komik gila-gila x
kesian pd yg tamak..sesama agama dan bangsa pun nk tindas satu
sama lain.xpe ujang...Org lain xtahu tp Allah tahu..dia nak bg hidayat pd seseorang adakala sebab pnyebabnya dluar jangkauan pemikiran.bsyukur lah kita dgn kurniaan yg diberi.sgala yg terjadi ada hikmah yg tersembunyi.bkaryalah slagi kita mampu,yg penting jgn melampaui batas2 kita sbg org islam.dunia akhir zaman sering berlaku pusingan bonus.manfaatkanlh sbaiknya,kjayaan yg hakiki bakal dinikmati baik didunia dan akhirat kelak.In sha Allah
saya nak minta izin ambil gambar majalah ujang no 5 ni ya. untuk letak di blog saya.https://ujanglegasi.blogspot.com/
To get Online Essay writing service in uk. Contact Assignment Desk and take help from our skilled and knowledgeable experts to enhance the grades at a minimal cost with a 100% security guarantee.
Get Online Strategic Management Assignment Help in UAE from top experts. Avail most Affordable price Assignment Writing Help in Australia from Case Study Help. We have a vast team of highly skilled writers; they are very talented in their subject areas. For more information, visit us now!
Thank you for this useful post
Are you an MBA student at UAE University looking for Organizational Culture Assignment Help? Choose our Assignment Writers; Case Study Help have a team of MBA/PHD qualifier experts who are qualified from top universities. If you want more details about us, Visit us now!
let us not forget that each brand wants to stand out from its competitors. Another reason why this graphic design is gaining immense popularity in the designing community is that the generation of the authentic image has now become easy uk essay writing service
Get help with Management Case Study Assignment Writing online. Our MBA experts assist with Management case study writing. We provide complete solutions for Case study assignment 100% non-plagiarism work at an affordable price.
Assignment Help in Canada provided by Gradespire helps students to explore the world of academic excellence with our skilled experts. Navigating through the challenges of coursework has never been easier, but our dedicated team of experts stands ready to assist you on your academic journey. Whether you are a student in Vancouver, Toronto, or any other Canadian city, our services are dedicated to you for unlocking the secrets of successful assignments. From writing complex assignments to formatting, all responsibilities are ours. With Assignment Help in Canada, academic success is not just a goal; it is a tangible reality waiting to be achieved. Let's embark on this learning adventure together!"
HNC assignments are an important part of the Higher national certification qualification program. Gradespire provides HNC Assignment help services to the students for reaching their academic goals. With a team of experienced writers, they provide affordable help, making sure about the timely completion of your work. The courses of the HNC are Challenging and cover different subjects. Gradespire addresses the complexity and allows the students to overcome their stress. The service guarantees high-quality, plagiarism-free, proofreading content and unlimited modification. Hurry up and allow Gradespire to solve your assignments.
Are you struggling with your BPP University Assignments? Then, you are at the right place, get stress–free help. Our experienced team at Tutorhelp4you provides BPP University Assignment help services worldwide. With professionals in several subjects, we offer unique and on-time solutions. BPP University is known for quality education in business, technology and health. If you lack time due to your personal and professional lives, then don’t worry we are here. With 24-hour support, well research work, proofreading, original content, unlimited modifications and affordable prices reach your academic goals with us. Hurry up, place an order easily on our website and boost your grades with our service.
A Cheap Assignment Writing Service offers cost-effective solutions for students seeking assistance with academic tasks. These services provide expert writers who deliver quality assignments without burdening students financially. While affordability is a key feature, these services prioritize maintaining high standards of content and meeting deadlines. Students can benefit from professional guidance without compromising their budget, making academic support more accessible and inclusive.
Designated Market Maker: Definition, Responsibilities, and Examples
Global assignment expert is well known assignment writer near you, they will help you to write assignment and to achieve your goals as well. Global assignment help has a team of experienced writer with more than 3 plus year of experience. Our assignment expert will write assignment plagiarism free and they will also write assignment with accuracy and delivers it on time. Either you need research paper help, project related help, we have solution for all this, so for more queries contact us on our managerial website.
Thanks and that i have a super present: How To House Renovation house renovation on a budget
Post a Comment