Majalah Boom! pertama kali dikeluarkan pada 1 Julai 1995. Majalah bulanan bersaiz komik antarabangsa ini berharga RM2.80, dan ia dipercayai muncul setelah melihat kejayaan Majalah Ujang pada 1994. Pada muka depan Boom! keluaran pertama, terdapat logo bulat yang tertera nama Ahadiat Akashah, yang merupakan penerbit majalah ini. Ahadiah Akashah yang merupakan seorang novelis terkenal juga pernah muncul sebagai penulis undangan dalam beberapa keluaran awal Majalah Ujang.
Majalah Boom! menampilkan beberapa orang kartunis baru yang tidak terkenal. Boleh dikatakan persembahan majalah ini tidaklah begitu menarik dengan ruangan yang bercampur aduk dan tidak tersusun rapi. Selain mengandungi kartun humor biasa yang semuanya kelihatan sangat amatur, terdapat juga ruangan penulisan yang turut menampilkan Ahadiat Akashah dengan cerpen Balak Cun dan Streets Kid. Aznil Nawawi yang bertindak sebagai Co-Editor juga disenaraikan sebagai salah seorang penulis.
Seorang lagi penulis yang terlibat dalam majalah ini ialah Mior Ahmad, atau lebih dikenali hari ini sebagai Din Beramboi. Dalam majalah ini Mior menulis untuk watak yang bernama Che' Din The Original. Dalam ruangan Panas! Panas! Panas!, Che' Din telah menceritakan serba sedikit tentang perebutan nama dan watak Din Beramboi yang sebenarnya telah dicipta oleh Mior Ahmad sendiri sebelum ia diciplak oleh Majalah Ujang. Che' Din menulis dalam loghat daerah, kata beliau:
"Satu ketiko dulu, kalau ado yang ingek, pornah tak dongar kaset tentang kisah seorang tuo: Ha... pak cik dulu tinggal Kedah. Lepas tu pak cik beli bas mini duo, pak cik niagokan. Pak cik niago, niago, niago, lepas tu entah macam mano, pak cik kayo tau! Kayo sangat pak cik!!"
(Nota: kaset tersebut telah tersebar di kalangan orang ramai sebelum kewujudan Majalah Ujang)
Meneruskan ceritanya, Che' Din memberitahu, "Sobonar eh, tak do siapo yang gilo. Tak do lah pak cik sampai pakai selipor kek botis. Populariti kaset tu kalau nak diikuitkan, tersebar ke seluruh Malaysia. Lopeh tu, adolah berbagai-bagai pihak yang mengaku dio punya. Yang paling sodih, watak pak cik dijadikan watak utamo dalam sebuah majalah humur. Kalau iyo pun nak pakai watak tu, berbincanglah caro elok. Macam R.A.P (Roslan Aziz Production) tu, sanggup cari pak cik mintak kebonaran nak potik sebahagian isi kaset untuk lagu Zainal Abidin. Takkan lah ponorbit majalah tu tak bolu buat macam tu. Abih segalo idea, caro pak cik borcakap dalam kaset tu diciplak dan digunakan sewenang-wenangnyo"
Perjuangan Mior Ahmad (Din Beramboi / Che' Din The Original) untuk menuntut hakcipta sepenuhnya ke atas nama watak rekaannya itu akhirnya berjaya, dan Majalah Ujang telah tidak lagi menggunakan nama Din Beramboi mulai penghujung 1997, manakala majalah Lanun pula menghentikan penggunaan nama Din Beramboi mulai pertengahan 1998. Namun begitu nasib majalah Boom! sama seperti banyak lagi majalah kartun lain yang kurang identiti tersendiri, di mana majalah ini juga tidak dapat bertahan lama dalam pasaran.

2 comments:
Assalamualaikum... nk mintak kepastian. Sejak ikut perkembangan kartunis Ujang dari majalah Gila Gila saya pernah terperasan ruangan hadiah percuma (selalunya di muka surat tengah) pernah menampilkan Dam Din Beramboi - merupakan permainan dam dgn kesudahan yg huru-hara utk setiap petak dan pernah keluar hingga Dam Din Beramboi 2 (sebelum kemunculan majalah Ujang lg. Jadi adakah cara utk memastikan Din Beramboi siapakah yg muncul dulu antara Ujang dan Arwah Mior. Apakah Ujang telah menciplak watak Din Beramboi itu sejak beliau dari majalah Gila Gila lg?
waalaikumsalam.
persoalan din beramboi siapa muncul dulu antara ujang dan mior memang susah nak dijelaskan. byk teori dari pelbagai pihak. tapi tak mustahil dlm dunia ni akan ada idea2 serupa yg wujud secara kebetulan. dan tak mustahil juga kalau ada peniruan sekalipun. lagi pun tak byk benda2 original se-originalnya dlm dunia ni, semua idea berkembang ikut zaman. macam majalah Gila-Gila, ikut konsep majalah luar negara, Mad, maksudnya gila juga. dan watak din beramboi pun watak si gila, jadi mungkin sesiapa boleh kaji lebih mendalam sama ada Mad pernah menonjolkan watak si gila sebab majalah tu dah wujud sejak 1950-an.
Post a Comment