Pada hujung tahun 1991, wartawan hiburan Juwie telah menyenaraikan nama 4 orang artis wanita yang telah berkahwin secara rahsia di sepanjang tahun itu. Mereka ialah Ziela Jalil, Sheila Rusly, Tila & Zu Ghairi.
Perkahwinan pelakon kontroversi Ziela Jalil dengan seorang Timbalan Menteri yang namanya dirahsiakan telah menjadi bualan hangat ketika itu. Boleh dikatakan kebanyakan artis wanita yang berkahwin secara rahsia adalah disebabkan oleh status suami masing-masing, sama ada seorang individu yang ternama atau pun seorang suami orang.
Pelakon yang sedang meningkat popular ketika itu, Sheila Rusly pula dilaporkan telah berkahwin dengan seorang lelaki kaya yang bergelar Dato'. Penyanyi lagu Rela, Tila, juga berkahwin dengan seorang lelaki kaya, iaitu ahli perniagaan yang tidak mahu dikenali umum. Pelakon yang kurang dikenali kini, Zu Ghairi, dilaporkan berkahwin dengan seseorang yang bergelar Tan Sri, tetapi dia terpaksa merahsiakan nama suaminya kerana "tidak mahu menyinggung perasaan orang tertentu".
Selain daripada 4 artis wanita tersebut, Juwie mendedahkan bahawa terdapat seorang lagi artis wanita popular yang turut berkahwin secara rahsia dalam tahun 1991. Bukan sahaja perkahwinan artis wanita itu telah dilakukan secara senyap, tetapi nama artis wanita itu juga telah diminta untuk dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
No comments:
Post a Comment