Tun Razak atau nama penuhnya Abdul Razak Bin Hussein merupakan
Perdana Menteri Malaysia kedua yang mula berkhidmat pada 1970. Beliau meninggal dunia pada
1976 dalam usia 53 tahun. Setelah kematian beliau, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad telah menerbitkan sebuah
buku kenang-kenangan yang berjudul
A Man Of Malaysia. Tajuk sampingan buku dwi-bahasa ini ialah 'Seluruh hidupnya untuk Malaysia' dan ia dijual dengan
harga $3.50. Buku setebal
104 mukasurat ini dimulakan dengan pendahuluan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Suffian, yang antara lain menulis: "
Malaysia telah kehilangan seorang putera dan seorang patriot yang gagah dan ulung"
Buku A Man Of Malaysia menghimpunkan rencana-rencana hasil tulisan A. Samad Ismail, Adibah Amin dan Mohamed Noordin Sopiee. Isi kandungan buku ini dibahagikan kepada beberapa bab bertulis atau bergambar seperti berikut:
- Tun Razak - Peribadinya (Tun Razak the man), oleh A. Samad Ismail
- Tun dan zamannya (The man and his times), oleh Mohamed Noordin Sopiee
- Detik-detik hidup Tun (Tun through the years)
- Tun dan keluarga (The family man)
- Tun yang saya kenali (The man I knew), oleh Zain Azraai & Tuanku Jaafar (Yang Dipertuan Besar Negri Sembilan)
- Petikan kata-kata Tun (Quotes)
- Keluarga yang ditinggalkannya (The family he leaves behind), oleh Adibah Amin
Bahagian terbaik untuk buku sebegini tentulah himpunan
gambar kenangan yang berpuluh-puluh keping (mungkin juga ratusan) dalam bentuk hitam putih mahu pun berwarna. Di mukasurat tengah buku ini terdapat sekeping
poster Tun Razak bersama isterinya sedang berekreasi dengan sampan di sebuah tasik. Selain daripada gambar-gambar semasa zaman kegemilangan Tun Razak, buku ini juga turut merakamkan detik-detik sedih kepulangan
jenazah beliau dari London dan juga suasana di hari pengkebumiannya pada 1976.
Di bawah ialah beberapa lagi gambar menarik yang terdapat dalam buku A Man Of Malaysia:
|
Tun Razak di Tembok Besar China |
|
Tun Razak bertemu Mao Zedong, Pengerusi Parti Komunis China.
Kedua-dua mereka meninggal dunia pada 1976. |
|
Peninju terkenal Muhammad Ali, tetamu istimewa Tun Razak |
|
Jenazah Tun Razak dibawa dari London kembali ke Malaysia.
Suasana di Kuala Lumpur Subang International Airport. |
|
Jenazah Tun Razak dibawa masuk ke dalam kenderaan |
|
Sebahagian daripada orang ramai yang menyambut
kepulangan jenazah Tun Razak di lapangan terbang |
|
Jenazah Tun Razak dibawa pulang ke kediaman rasmi Perdana Menteri |
|
Keluarga dan sahabat memberi penghormatan terakhir kepada Tun Razak |
|
Keesokan pagi jenazah Tun Razak dibawa ke Parlimen
untuk upacara rasmi penghormatan terakhir |
|
Pemimpin luar negara memberi penghormatan terakhir kepada Tun Razak |
|
Pelbagai kaum memberi penghormatan terakhir kepada Tun Razak |
|
Jenazah Tun Razak dibawa ke Masjid Negara |
|
Selepas disembahyangkan di Masjid Negara,
jenazah Tun Razak dikebumikan di Makam Pahlawan |
Nota tambahan:
Kisah pemerintahan singkat Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia telah dijadikan filem yang diberi judul
Tanda Putera. Filem arahan Shuhaimi Baba itu yang menampilkan lakonan Rusdi Ramli sebagai Tun Razak akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment