23 January 2011

Perkahwinan Sharifah Aini & Ali Bakar (1981)



Perkahwinan penyanyi terkenal Sharifah Aini dengan penganjur konsert Ali Bakar telah berlangsung dalam tahun 1981. Sebelum itu mereka telah menjalinkan hubungan cinta selama hampir 6 tahun iaitu ketika Sharifah Aini baru berusia awal 20-an. Sharifah Aini berkahwin pada usia beliau 28 tahun, dan perkahwinan pertama tersebut hanya bertahan selama 10 bulan! Sharifah Aini mengandungkan anak sulungnya Aliff sebulan selepas berkahwin. Tidak lama selepas Aliff dilahirkan, Sharifah Aini dan Ali Bakar telah bercerai. Dalam satu temubual pada 1999, Sharifah Aini memberitahu bahawa perceraian tersebut terjadi kerana "kita melanggar pilihan keluarga Ali. Jadi perkahwinan tak ada restu... bila perkahwinan tak ada restu... ia menimbulkan berbagai-bagai masalah". Beliau juga membayangkan satu lagi punca perceraian tersebut dengan berkata, "I takkan maafkan seseorang yang menyebabkan I bercerai dengan Ali. Dia harus bertanggungjawab di atas keruntuhan rumah tangga kami", dan "Sampai hari ini saya masih marah dengan seseorang yang menjadikan kami bercerai"

10 comments:

  1. sikit nya cite pasal ni... ala.. nak tau lagik?? betul kaa masa depa kawen ni.. S.Aini jadi isteri kedua??

    ReplyDelete
  2. minta maaf semua, petikan kata Sharifah Aini tu terpotong. nak cari balik semalam, dah lewat. sekarang baru edit masuk balik:

    "kita melanggar pilihan keluarga Ali. Jadi perkahwinan tak ada restu... bila perkahwinan tak ada restu... ia menimbulkan berbagai-bagai masalah"

    dan ada tambahan sikit lagi petikan lain. baca dalam full entri.

    Shin: dalam temubual tu, Sharifah Aini tak mention pun pasal jadi isteri kedua Ali Bakar. tapi dalam soalan lain, dia mengaku masa perkahwinan keduanya dengan Datuk Darling, dia menjadi isteri ketiga. perkahwinan kedua tu bertahan 16 tahun (1982-1997)

    ReplyDelete