26 December 2010

Feminin - kumpulan rap wanita yang pertama (1992)

Pada bulan Disember tahun 1992 peminat hiburan tempatan diperkenalkan kepada sekumpulan penyanyi wanita yang digelar Feminin. Wartawan Samsor Junet yang menemubual kumpulan Feminin untuk rencana pengenalan ini memastikan bahawa pembaca tidak tertanya-tanya siapakah di antara anggota kumpulan itu yang gemarkan minuman oren dan siapa pula yang gemarkan nasi goreng ayam. Kumpulan Feminin terdiri daripada 5 orang remaja yang masih bersekolah. Kesemua mereka sebelum itu pernah bergiat sebagai penari bersama syarikat Edrina Collection yang diuruskan oleh Eddriss Razhe yang kemudiannya juga bertindak sebagai pengurus kepada kumpulan Feminin.

Kemunculan kumpulan Feminin pada hujung 1992 ialah ketika demam muzik rap baru hendak bermula di Malaysia, iaitu setelah kumpulan 4U2C dan KRU berjaya mengeluarkan album pertama masing-masing dalam tahun yang sama. Oleh kerana itu, adalah tidak menghairankan apabila kumpulan Feminin yang baru hendak mencuba nasib dalam bidang nyanyian akan serta merta dibentuk untuk menjadi "kumpulan rap wanita tempatan yang pertama". Walau bagaimanapun, genre rap hanyalah merupakan batu loncatan untuk kumpulan Feminin menjadi popular kerana apabila mengeluarkan album pertama mereka dalam tahun 1993, kumpulan Feminin lebih dikenali dengan lagu pop dan lagu yang berentak tarian berbanding dengan lagu-lagu yang mempunyai banyak unsur rap.

2 comments:

  1. Antara artikel terawal yang memperkenalkan Feminin ke persada dunia hiburan. Great job ANX!
    Visit us : http://justfeminin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. mana boleh lupa stail dorang tu jadi trend tu kat budak2 zaman tu termasuk saya, maklumlah baru form 2 masa tuh

    ReplyDelete