
Malaysian Rockers United (MRU) ialah nama pasukan bolasepak artis  tempatan yang dibarisi oleh para penyanyi dan pemuzik rock, antaranya  ialah Edrie Hashim (kapten pasukan), Shah Slam (penyerang utama), Ijam  Medicine (penjaga gol, pernah aktif dalam Celebrity F.C pada 1990-an), Bandi Amuk (tetap bertopeng), Man Bai, Ali XPDC, Mie FTG, Black  & Eddie Wings dan lain-lain. Pada awal 2000-an MRU aktif mengadakan  perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan bolasepak bukan  profesional.

Apabila kumpulan penyanyi pop terkenal dari Ireland iaitu Westlife hadir  ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert pada Oktober 2002, MRU telah  dijemput untuk menentang pasukan Westlife XI yang dibarisi oleh 5 orang  anggota Westlife serta 6 orang pemain tambahan. Dalam perlawanan di  Stadium Nasional Bukit Jalil itu (iaitu lokasi konsert Westlife) MRU  memakai jersi kuning, warna rasmi pasukan kebangsaan Malaysia, manakala  Westlife XI memakai jersi hijau, warna rasmi pasukan kebangsaan Ireland.

Perlawanan bermula pada pukul 9.15 malam dan Westlife XI berjaya  menjaringkan gol pertama pada minit ke-25 menerusi anggota Westlife  iaitu Shane Filan yang memakai jersi nombor 10. Pada minit ke-27 Man Bai  dari MRU telah dijatuhkan dalam petak penalti dan MRU berjaya  menyamakan kedudukan dengan sepakan penalti oleh Shah Slam. Pada minit  ke-32 seorang lagi anggota Westlife iaitu Brian McFadden (kapten  pasukan) berjaya menjaringkan gol kedua Westlife XI. Separuh masa  pertama diakhiri dengan satu lagi jaringan oleh pasukan Westlife XI dan  menjadikan kedudukan 3-1.

Semasa waktu rehat selama 10 minit, para penonton telah dihiburkan dengan persembahan ringkas oleh Ning Baizura. Apabila separuh masa kedua bermula, MRU menjadi semakin hilang tumpuan dan keadaan itu telah membuka peluang kepada Westlife XI untuk menjaringkan sebanyak 4 gol lagi, 2 oleh Brian dan 2 oleh Nicky Byrne yang juga anggota Westlife. Perlawanan berakhir dengan Westlife XI menang dengan kedudukan 7-1, sementara seorang lagi anggota Westlife, Kian Egan diberi gelaran Man Of The Match.
Nota tambahan:
Brian McFadden yang menjaringkan 3 gol telah meninggalkan kumpulan Westlife pada 2004.
Nota tambahan:
Brian McFadden yang menjaringkan 3 gol telah meninggalkan kumpulan Westlife pada 2004.
 
mohon share
ReplyDeleteok no problem.
ReplyDelete*kalau mahu info lain boleh google, sebab cerita ni berlaku dlm zaman internet, rasanya ada laporan lain.